Notis Pemindahan Tempat Kerja



Kecuali disebut secara spesifik 'tidak boleh' dalam kontrak atau perjanjian bersama (CA), majikan boleh memindahkan lokasi tempat kerja pekerja tanpa persetujuan mereka. Apa lagi jika syarat pemindahan ini disebut dengan jelas membenarkannya pula.

Dlama kes Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) v Bank Muamalat Malaysia Berhad baru-baru ini, Mahkamah Tinggi hari telah menolak permohonan injunksi yang dikemukakan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) bagi menggantung sementara notis pemindahan tempat kerja tiga kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad.

Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad membuat keputusan itu selepas mendapati Bank Mualamat mempunyai hak untuk memindahkan tiga kakitangan bank berkenaan tanpa mendapatkan kebenaran mereka.

Nik Hasmat dalam penghakiman ringkasnya berkata Artikel 15 (1) dan 15 (2) Perjanjian Bersama yang ditandatangani antara NUBE dan Bank Muamalat menyatakan majikan mempunyai hak untuk memindahkan pekerja tanpa mendapatkan kebenaran pekerja itu terlebih dahulu.

Mahkamah turut memerintahkan NUBE selaku plaintif membayar kos sebanyak RM10,000 kepada Bank Muamalat.

Pada 4 Ogos lepas, NUBE telah merujuk tiga persoalan undang-undang ke Mahkamah Perusahaan mengikut Seksyen 33(1) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 termasuk sama ada sebuah bank boleh mengenakan arahan pemindahan kepada pekerjanya dari satu bandar raya ke bandar raya lain atau dari satu bandar ke bandar lain di negeri lain tanpa persetujuan pekerja berkenaan.

Dalam saman pemula itu, NUBE mendakwa ketiga-tiga kakitangan terbabit menerima arahan pemindahan tempat kerja dari negeri masing-masing ke ibu pejabat Bank Muamalat di Kuala Lumpur.

NUBE berkata Mohd Zaki sebelum ini bekerja di Bank Muamalat cawangan Kulim, Kedah, Mohamad Azan di cawangan Kota Bahru, Kelantan manakala Wan Rosli di cawangan Ipoh, Perak.

NUBE mendakwa ketiga-tiga kakitangan terbabit menerima arahan pemindahan tempat kerja bertarikh 14 April lepas daripada pihak bank untuk melaporkan diri di tempat kerja baharu pada 18 Julai lepas dan mereka melaporkan diri bertugas di bawah protes di tempat kerja baharu itu pada tarikh berkenaan.

Kesatuan itu mendakwa arahan pemindahan tempat kerja itu mengakibatkan kesulitan hidup ketiga-tiga kakitangan itu selain mengganggu kehidupan keluarga mereka.

0 Response to "Notis Pemindahan Tempat Kerja"

Post a Comment

Iklaneka


Tips & Panduan Mengurus Kewangan Anda Dengan Lebih Baik

Learn from renowned university professors without having to rush to their lecture halls


Tekanan darah tinggi adalah masalah serius, kalau dibiarkan berpanjangan boleh membawa maut