Mungkin ramai yang tidak mengetahui akan resort ini kerana lokasinya yang agak tersorok dan kurangnya publisiti mengenainya. Akan tetapi kami sekeluarga sempat meluangkan masa di sini semasa Hari Raya Aidil Fitri yang lepas atas rekomendasi dari pakcik kami :D . Cherengin Hills Convention And Spa Resort terletak di kawasan bukit di Janda Baik Pahang, kira-kira 45 minit memandu dari Kuala Lumpur.
Bagi mereka yang hendak ke sana anda boleh gunakan Lebuhraya Karak, ikut jalan ke Genting Highland untuk ke sana. Pastikan anda tidak terlepas papan tanda ke Janda Baik dan resort ini sudah lah ok.
Memandangkan ia agak tersorok, maka ia juga agak sunyi dan jauh dari hiruk pikuk kota raya. Sesuai buat keluarga untuk bersantai dan merehatkan dari kepenatan dan kebisingan kota. Dengan hutan dan bukit bukau di sekelilingnya, ia juga sesuai untuk latihan membina diri seperti latihan Biro Tata Negara. Ia terletak pada altitud 600 hingga 800 meter atas paras laut, namun ia tidak lah sejuk dan pada waktu tengahari amat tidak sesuai untuk berenang di kolam renang!
Dari segi kebersihan dan layanan pelanggan, boleh dikatakan ok sahaja. Tidak ada lah dikatakan excellent, namun tidak juga teruk. Fasiliti dan landscape rasanya perlu diperbanyakkan lagi, otherwise the only reason untuk orang ramai ke sini ialah untuk berehat-rehat dan lari dari kebisingan kota. Maklumat lanjut dan booking bagi Cherengin Hills Convention And Spa Resort ini boleh didapati website mereka DI SINI.
- Santai Di Cherengin Hills Convention And Spa Resort
0 Response to "Santai Di Cherengin Hills Convention And Spa Resort"
Post a Comment