Cara Kiraan OT (Kerja Lebih Masa) Pada Hari Cuti Umum



Kiraan OT pada hari kelepasan am (cuti umum) pula hampir sama dengan kiraan OT pada hari rehat. Bezanya adalah pada sudut kuantum yang mana pada hari cuti umum kuantum/nilai nya adalah lebih besar lagi. 

Sebagaimana dengan kerja lebih masa pada hari rehat, apa-apa kerja yang dibuat (walau sejam pun) pada hari cuti umum adalah dianggap sebagai kerja lebih masa ataupun over-time (OT).
* Cuti umum yang dimaksudkan ini adalah cuti umum yang diiktiraf oleh majikan. Rujuk artikel: Cuti Umum Di Malaysia terlebih dahulu.
** Ia juga tertakluk kepada KEPERLUAN perlu hadir kerja sebelum dan selepas hari cuti umum. Jika pekerja ponteng (tidak hadir tanpa izin), maka kelayakkan ini akan hilang.

PEKERJA BERGAJI BULAN DAN BERGAJI HARI

Kiraan OT pada cuti umum adalah sama untuk pekerja bergaji bulan atau bergaji hari.

Tertakluk pada syarat * dan **, Samada pekerja berkerja atau tidak, dia tetap layak kepada satu hari gaji pada hari cuti umum. Jika mereka berkerja pula, mereka akan mendapat tambahan lagi sebanyak:

Jika OT ADALAH selama 8 jam atau kurang:

2 X ORP 

Melebihi 8 jam:
Bagi setiap jam anda berkerja selepas melebihi 8 jam, anda juga layak terima tambahan lagi sebanyak: 

2x HRP X jam berkerja
Rujukan:


Contoh:

Ali berkerja pada hari Hari Buruh (cuti umum wajib) selama 10 jam (tidak termasuk masa rehat). Kadar gaji seharinya (ORP) adalah RM 10. Kiraan gaji yang diterima pada hari tersebut:
  1. Gaji biasa untuk hari tersebut = RM 16
  2. Kerja 8 jam pertama = 2 x ORP = RM 32
  3. 3 x 2 (HRP) x 2 jam kerja = RM 12

Jumlah = RM60


Jika Ali berkerja selama 3 jam sahaja pada hari tersebut:
  1. Gaji biasa untuk hari tersebut = RM 16
  2. Kerja 8 jam pertama = 2 x ORP = RM 32


Jumlah = RM48

Baca juga:

17 Responses to "Cara Kiraan OT (Kerja Lebih Masa) Pada Hari Cuti Umum"

  1. cuba tunjukan dgn jelas cara kiraan cth bulan 31 hari/cuti am 4 hari/ public holiday 2 hari dan ot 4 setiap hari dengan basic 1000 rm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Contoh
      Gaji/hari 1200/26=rm46.15/sehari
      Ot biasa 1200/26/8x1.5=rm8.65/jam
      OT/hari 4jam x rm8.65=rm34.60/hari
      Gaji off day rm46.15x2=rm92.30/hari
      Gaji PH rm138.45/hari

      Gaji/bulan. rm 1200.00
      Ot/bulan. Rm 899.60
      Gaji off day/ bulan Rm 369.20
      Ot off day/bulan. Rm 184.48
      Gaji PH. Rm 276.90
      Anda jumlah semua...

      Delete
    2. Gaji off day tu contoh kalau gaji rm1200 kalau kerja 1 hari off day akan jadi rm1292.30 atau rm1246.15 ye?

      Delete
  2. Bagaimana pula bayaran ot pd kadar tetap xkira public or normal day. Walhal jika kira basic x 1.5 melebihi dari ot pd bayaran tetap..boleh ke dibayar OT fix rate?

    ReplyDelete
  3. Klu ot lebih dari jam12 mlm kira cmne?

    ReplyDelete
  4. Salam sejahtera nak tanya kiraan gaji utk pekerja yg kerja pada hari public holiday yg berkerja fulldays 14 hours nk kiŕa mcm mna yer..confius.:(sapa bkeh explain dgn jelas..

    ReplyDelete
  5. Saya nok tanya saya kerja satu hari 12 jam 8 jam dikira biasa.4 jam dikira ot gaji pokok rm1100.00 dalam satu bulan 26 har.saya nok tahu 1 jam berapa rm dan lagi satu cuti umum bera dikira rm satu hari ?

    ReplyDelete
  6. Sekiranya bekerja pada public holiday gaji dibyr double atau tripple

    ReplyDelete
  7. mcm ner rate ot jika disuruh masuk 3am hingga 6am

    ReplyDelete
  8. saya nk tanya cara pengiraan pembayaran gaji sy bekerja 12 jam dihari cuti umum basic rm 1.2500

    ReplyDelete
  9. Kalau gaji 1350 berapa agak OT, tempat sy 1.8
    Kalau citi umum 3,0

    ReplyDelete
  10. Kalau 1.5 dapat 1 jam=RM10.65
    Macam mane nak kire untuk 2.0?

    ReplyDelete
  11. Kalo gaji nasi 1400 ,1 hari public holidays Johor ,kerja 8.30am 5.30pm ,ada ot 2 jam..bole tolong bagi kan formula kiraan tak..

    ReplyDelete

Iklaneka


Tips & Panduan Mengurus Kewangan Anda Dengan Lebih Baik

Learn from renowned university professors without having to rush to their lecture halls


Tekanan darah tinggi adalah masalah serius, kalau dibiarkan berpanjangan boleh membawa maut