Cuti Umum Jatuh Pada Hari Rehat



Soalan pembaca:

Assalamualaikum dan selamat pagi. Saya ingin bertanyakan berkenaan Cuti Ganti. Saya bekerja “shift” 12 jam sehari (siang atau malam), 4 hari seminggu (3 hari cuti), dan hari bekerja tidak menentu mengikut jadual mingguan. Akan tetapi mengikut majikan, saya tidak layak diberi sebarang cuti ganti apabila sebarang cuti umum (Hari Pekerja, Tahun Baru, Merdeka dll) jatuh pada hari cuti (Off Day). Cuti ganti hanya diberi jika cuti umum jatuh pada hari saya bekerja, namum saya juga tidak diberi sebarang upah tambahan (OT) saya bekerja dihari cuti umum tersebut. Saya ada meminta penjelasan dari majikan tetapi saya diberi jawapan bahawa kelebihan tersebut (cuti ganti) tidak tertakluk kepada yang bekerja “shift” (24 hour operation basis). Penjelasan dari pihak tuan/puan berkenaan permasalahan ini amat saya hargai. Terima kasih.

Jawapan:

Formula dibawah Akta Kerja adalah mudah dan perlu disingkap satu persatu. Jangan campur aduk. Nanti pening kepala.

Pertama: Majikan cuma perlu beri 1 hari rehat (rest day atau RD) dalam seminggu. Oleh itu, jika diberi 3 hari, kena pastikan mana satu yang utama dan mana satu yang tambahan.

Kedua: Di bawah Akta Kerja 1955, hari cuti umum terpilih (ingat majikan boleh pilih 11 hari cuti dalam setahun. Rujuk artikel Cuti Umum Di Malaysia untuk maklumat lanjut.

Oleh itu, tidak kira anda berkerja secara shift atau tidak, apabila cuti umum terpilih ini jatuh pada hari rehat utama anda, maka ia perlu diganti dengan hari kerja berikutnya.

Jika Isnin ialah RD utama anda, Selasa adalah hari kerja dan Isnin juga adalah cuti umum terpilih, maka majikan hendaklah memberikan cuti kepada anda pada hari Selasa atau jika mahu anda berkerja, membayar pada kadar hari cuti umum yang ditetapkan oleh Akta.

20 Responses to "Cuti Umum Jatuh Pada Hari Rehat"

  1. Saya ada satu situasi..ahad rest day & cuti umum..automatik cuti umum jatuh hari isnin..persoalan saya..kalau saya bekerja hari ahad tapi cuti hari isnin,adakah kadar ot saya pada hari ahad dikira ot public holiday?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadar ot awak pada hari ahad akan dikira sebagai rest day...jika isnin kerja anda akan dapat rate public holiday.jika cuti, anda dikira sudah bercuti public holiday tersebut dan tiada ot.

      Delete
  2. Salam saya sedikit pertanyaan , kawan saya berkerja pada 2 january 2017 , berkerja shift , 2 january adalah cuti am gantian , adakah kawan saya layak mendapat bayaran lebih masa cuti am atau cuti ganti?

    ReplyDelete
  3. Salam saya ada satu soalan... Isnin adalah off day saya dan isnin itu juga jatuh pada hari buruh.. Dan saya bekerja pada hari selasa.. Adakah majikan perlu mengantikan cuti atau bayar gaji dua kali ganda ?

    ReplyDelete
  4. salam saya bekerja 6 hari seminggu yang mana setiap khamis dan sabtu adalah separuh hari bekerja..jika cuti umum jatuh pada hari sabtu adakah hari berikutnya turut diberikan cuti

    ReplyDelete
  5. Offday saya jatuh pada hari jumaat lepas dimana hari tersebut merupakan hari raya aidiladha, adakah saya masih boleh tuntut cuti PH tersebut??

    ReplyDelete
  6. Salam sejahtera,saya berkerja shif 12jam 1 hari dan dalam 1 minggu di berikan 1 hari cuti rehat,pada cuti rehat tersebut saya sakit dan mendapat surat cuti sakit 1 hari.dapat kah saya ganti cuti rehat pada hari lain...

    ReplyDelete
  7. jika pekerja sakit dan mendapat cuti sakit dari doktor, namun cuti sakit tersebut jatuh pada cuti rehat. adakah cuti rehat berganjak pada hari berikutnya?

    ReplyDelete
  8. Jika pekerja berhenti pada 31 ogos 2019
    31 tidak hadir ke tempat kerja.
    31tu dibayar gaji biasa ke ?

    ReplyDelete
  9. Jika ahad jatuh pada cuti umum Maja perlu ganti pada Hari isnin betul?
    Jika pekerja bekerja pada Hari ahad adakah orp mengikut Hari berehat Dan jika pekerja bekerja pada Hari isnin Maka dikira orp mengikut pH ...betul ke?

    ReplyDelete
  10. Jika cuti public jatuh pda hari jumaat.adakah akn dignti kpd ari ahd

    ReplyDelete
  11. Salam saya ada soalan. Sy kerja dari hari isnin smpai ke hari ni. Hari sabtu. Semalam, jumaat hari public holiday, esok sy kna kerja. So mknanye esok dikira double ke macammana. Sbb mnggu ni blom ade restday. Cuma ade public holiday.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. saya nk tanya kiraan payroll.. 1hb pagi 8am-8pm.. 1hb mlm 8pm-8am (out 2hb).. untk night shift tu kita dikira kerja 1hb masa in atau 2hb masa out.. kalau shift mlm kira masa out.. maknanya 1hb kami xkira bekerja?? Dan kiraan gaji 1hb tu masa bekerja hari 31hb 8pm-8am(out1hb) bulan lepas.. tapi di sini xkn terjadi.. sbb setiap hujung bulan.. akan berlaku rotate shift.. night shift hanya dikira hanya 29 hari bekerja manakala pagi shift 30 hari bekrja.. dan apa kiraan untuk bayaran pada 31/8 pada cuti umum kalau kiraan payroll mcm nie.. atau apa2 date2 cuti umum masa 1hb..

      Delete
  12. Salam.. saya nk tanya kiraan payroll.. 1hb pagi 8am-8pm.. 1hb mlm 8pm-8am (out 2hb).. untk night shift tu kita dikira kerja 1hb masa in atau 2hb masa out.. kalau shift mlm kira masa out.. maknanya 1hb kami xkira bekerja?? Dan kiraan gaji 1hb tu masa bekerja hari 31hb 8pm-8am(out1hb) bulan lepas.. tapi di sini xkn terjadi.. sbb setiap hujung bulan.. akan berlaku rotate shift.. night shift hanya dikira hanya 29 hari bekerja manakala pagi shift 30 hari bekrja.. dan apa kiraan untuk bayaran pada 31/8 pada cuti umum kalau kiraan payroll mcm nie.. atau apa2 date2 cuti umum masa 1hb..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk night shift kami bekerja normal day tapi dibayar less one day.. untuk dptkan bayaran normal day tu.. kami kena kerja extra 1day..

      Delete
  13. Ini untuk yang gaji 2500 kebawah atau keatas. Sebab akta buruh lain bagi gaji bawah 2500. Mcm mana kalau gaji 3000 adakah cuti ganti akan diberi jika offday pada PH?

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum ..soalan sy juga turut sama ..hari birthday agung bulan lalu jatuh hati Isnin tetapi sy mendapat cuti rehat hari Isnin sepatut nya sy perlu diberi ganti cuti untuk hari tersebut ..tetapi majikan sy memberitahu tiada cuti ganti untuk sy .?? Apakah tindakan pekerja untuk membela diri dari majikan yg tk bertanggungjawab???

    ReplyDelete
  15. Tlg e-mail jawapan kepada sy ??
    Norlidia 0214@ gmail .COM. terima kasih

    ReplyDelete
  16. Salam..sy nk tanya..kalau sy Masuk ganti org time public,sy boleh claim public x?Dan 1st day shift kerja boleh claim replacement x?

    ReplyDelete
  17. off day saya jatuh pada 24/10 (cuti umum deepavali). jika saya cuti pada hari offday tersebut, dan esoknya saya bekerja (off day 1 hari sahaja seinggu). bagaimanakah pengiraan gaji?

    ReplyDelete

Iklaneka


Tips & Panduan Mengurus Kewangan Anda Dengan Lebih Baik

Learn from renowned university professors without having to rush to their lecture halls


Tekanan darah tinggi adalah masalah serius, kalau dibiarkan berpanjangan boleh membawa maut