Polisi Tentang Emergency Leave


Soalan pembaca:

Salam. Saya hendak bertanya tentang Emergency Leave. Sekiranya pekerja mengambil EL tanpa supporting documents/attachment. Adakah ia dikira sebagai upaid leave atau ditolak dari annual leave.

Jawapan:

Sebagaimana yang diterangkan dalam blog kami dahulu, Akta cuma menetapkan yang pekerja wajib diberikan cuti tahunan (annual leave). Ia tidak menjelaskan bagaimana ia harus di ambil.

Malah cuti perlu diambil dengan kelulusan majikan terlebih dahulu.

An employee’s entitlement to annual leave cannot be claimed as of right. He must obtain permission from his employer in order to abstain him from going to work. Failure to obtain such consent would render him as being absent without leave. This is a fundamental breach of contract – Industrial Court Award (474/97)
PROSEDUR CUTI
Oleh itu, majikan perlu menyediakan prosedur bagaimana cuti tahunan ini boleh diambil. Ia hendaklah jelas dan sebaiknya secara bertulis samada dimasukkan dalam kontrak atau menerusi circular. Sebarang prosedur yang tidak jelas boleh mengundang masaalah.

Dalam prosedur dan polisi, majikan boleh tetapkan samada pekerja perlu berikan supporting documents ini. Mungkin, jika pekerja mengatakan anak sakit, maka majikan mungkin mahu pekerja bawa time slip dari klinik. Jika kereta rosak, mungkin perlu submit resit dari workshop.

Terpulang kepada majikan samada mahu implementasikan syarat-syarat atau keperluan ini. 

Jika majikan berpuas hati dengan alasan EL yang diambil, maka boleh luluskan cuti dan anggap sebagai AL. Jika tidak ia dikira sebagai UL. 

Terima kasih.

2 Responses to "Polisi Tentang Emergency Leave"

  1. selalu pekerja memberi alasan motor rosak mengambil EL apakah tindakan kena ambil by HR

    ReplyDelete
  2. Kalau annual leave wothout absent kena tolak gaji ke

    ReplyDelete

Iklaneka


Tips & Panduan Mengurus Kewangan Anda Dengan Lebih Baik

Learn from renowned university professors without having to rush to their lecture halls


Tekanan darah tinggi adalah masalah serius, kalau dibiarkan berpanjangan boleh membawa maut