Maksud Kleptokrasi

Kleptokrasi


Perkataan Kleptokrasi (Kleptocracy - klep·toc·ra·cy) menjadi satu perkataan yang amat popular apabila JABATAN Kehakiman Amerika Syarikat telah memulakan prosiding sivil ke atas lima orang yang disyaki menggunakan duit curi daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Sebelum ini ia adalah satu perkataan yang jarang digunakan. Malahan tidak ramai yang menjadi kewujudan perkataan ini. 

Asal Usul

Perkataan ini dikatakan berasal dari perkataan Greek iaitu gabungan perkataan ‘kleptes’ (pencuri) dan ‘kratos’ (kuasa). Maka jadilah ia pemerintahan pencuri atau pemerintahan oleh pencuri.
Government by those who seek chiefly status and personal gain at the expense of the governed; also :  a particular government of this kind - Merriam Webster

Sifat-Sifat Kleptokrasi

Banyak artikel yang memberi contoh Presiden Suharto di Indonesia dan Ferdinand Marcos dari Filipina dalam kes-kes Kleptokrasi yang paling terkenal. Suharto dikatakan telah mencuri sebanyak US$15 billion sehingga US$35 billion.

Kecurian pula adalah dari harta/wang negara. Curi juga tidak terhad kepada maksud literal tetapi apa-apa juga tindakan untuk memindahkan kekayaan negara kepada/untuk kepentingan individu tertentu.

Kleptocracy Asset Recovery Initiative ("KARI") 

Sebagaimana yang dinyatakan di atas JABATAN Kehakiman Amerika Syarikat telah memulakan prosiding sivil untuk kesalahan Kleptokrasi ini. KARI adalah insiatif bekas AG Amerika, Eric Holder pada tahun 2010 untuk menangani korupsi pemimpin luar di Amerika.

Kes 1MDB ini pula adalah yang terbesar di bawah KARI dan ia menjadi perhatian diseluruh dunia.

Lima orang yang dinamakan dalam prosiding ialah Riza Shahriz Abdul Aziz, Low Taek Jho atau Jho Low, Eric Tan Kim Loong, Khadem Abdulla Al-Qubaisi dan Mohamed Badawy al-Husseiny. Riza ialah anak tiri Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak. Dia ialah anak Datin Paduka Seri Rosmah Mansor dengan suami pertamanya Abdul Aziz Nong Chik. Dia menetap di Amerika dan bergiat dalam bidang perfileman serta pelaburan.

Mereka didakwa bersubahat dengan seorang yang disebut sebagai ‘Pegawai Nombor 1 Malaysia’ membeli harta-harta tersebut menggunakan wang yang dialihkan secara haram daripada 1MDB.

Sivil Atau Jenayah?

Antara isu yang hangat diperkatakan adalah samada Kleptocracy Asset Recovery Initiative adalah prosiding sivil atau jenayah?

Jabatan Kehakiman Amerika menggunakan peruntukan undang-undang yang unik dipanggil ‘Kleptocracy Asset Recovery Initiative’ (inisiatif mendapatkan semula harta yang dicuri oleh pihak berkuasa). Oleh itu, ia prosiding sivil.

Namun, kes ini boleh berubah menjadi jenayah apabila semua harta dan bahan bukti telah diperolehi oleh pihak berkuasa. Ini kerana latar belakang kes adalah kes jenayah iaitu kegiatan pengubahan wang haram oleh plaintif dan mencuri harta rakyat Malaysia.

Walaupun defendan bukan rakyat Malaysia dan harta yang dicuri bukannya harta Amerika Syarikat, namun KESALAHAN dilakukan di bawah undang-undang AS dan di negara AS. Sebagaimana yang dinyatakan oleh AG AS, Loretta Lynch, negara itu tidak akan membiarkan mana-mana pihak menggunakan sistem perbankan mereka untuk tujuan jenayah.

0 Response to "Maksud Kleptokrasi"

Post a Comment

Iklaneka


Tips & Panduan Mengurus Kewangan Anda Dengan Lebih Baik

Learn from renowned university professors without having to rush to their lecture halls


Tekanan darah tinggi adalah masalah serius, kalau dibiarkan berpanjangan boleh membawa maut