Sekiranya anda sakit, adakah anda seharusnya baring dikatil dan berehat sahaja? Jika anda keluar rumah, adakah anda dianggap sebagai tidak sakit dan menipu cuti sakit anda kepada majikan?
Persoalan ini timbul di Mahkamah Perindustrian dalam kes Jolene Lee Miao Chi v Iflix Sdn Bhd. Pekerja telah dibuang kerja kerana dikatakan:-
- menipu yang dia sakit dan menggunakan cuti sakit untuk hadir ke seminar;
- membiarkan kerja-kerjanya dengan menggunakan sakit sebagai alasan.
Fakta kes:
Dalam kes ini pekerja merasa kurang sihat dan pergi ke klinik untuk mendapat rawatan. Doktor mengeluarkan cuti sakit mengesahkan dia tidak fit untuk berkerja. Dalam perjalanan pulang ke rumah, pekerja berhenti di tempat seminar (yang beliau telah daftar sebelum ini) untuk mengambil nota-nota seminar. Beliau kemudiannya pulang ke rumah. Hari berikutnya beliau diberikan notis untuk tindakan disiplin. Dalam mesyuarat tindakan displin, beliau dibuang kerja.
Hakim Mahkamah Perindustrian memutuskan pembuangan kerja itu tidak adil dan tanpa justifikasi yang sah. Mengikut hakim surat cuti menunjukkan pekerja tidak berbohong. Tambahan pula, majikan tidak mencabar kesahihan surat cuti tersebut.
Dalam soal samada pekerja harus duduk di rumah sahaja sekiaranya sakit, hakim berkata:-
"...it was acceptable for the claimant to “perform some light activities that does not exert much stress … the Claimant’s presence in the [seminar] just to pick up the seminar notes cannot be taken to mean that the Claimant was lying about her sickness for that day…”
Keputusan Mahkamah Perindustrian ini kemudiannya dipersetujui oleh Mahkamah Tinggi.
0 Response to " Cuti Sakit: Jolene Lee Miao Chi v Iflix Sdn Bhd [2021] ILJU 23"
Post a Comment