Akta Kanak-Kanak 2001 Akan Di Ganti?


Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, sebuah akta baharu yang memberi lebih penekanan terhadap kecuaian ibu bapa menjaga anak mereka mungkin digubal bagi menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001. Asalnya pihak Kementerian cuba mengubal Akta Kanak-Kanak 2001, akan tetapi oleh kerana pindaan yang dibuat adalah melebihi 70 peratus, maka pada pendapatat Datuk Seri Rohani, ia tidak seharusnya dipanggil pindaan. Sebaliknya lebih baik dikenali sebagai Akta Kanak-Kanak 2015 yang baharu.


Tambah beliau lagi,  akta baharu itu akan lebih memberi fokus terhadap pengabaian ibu bapa dalam penjagaan anak mereka memandangkan kandungan Akta Kanak-Kanak 2001 tidak begitu memberi penekanan tentang perkara itu. Datuk Seri Rohani berkata, akta terbabit akan mengenakan hukuman lebih berat kepada ibu bapa yang bersalah mengabaikan anak mereka dan diharap dapat memberi pengajaran kepada ibu bapa sebelum melakukan sesuatu perkara yang memudaratkan anak.

Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah pun  menghantar draf pindaan Akta Kanak-Kanak 2001 kepada Peguam Negara tahun lepas namun dikembalikan semula kepada kementerian itu untuk lebih diperhalusi dari sudut undang-undang. "Kami perlu mendapatkan nasihat daripada pihak Peguam Negara berkaitan undang-undang dan saya harap rang undang-undang ini dapat dibentangkan di Parlimen menjelang pertengahan tahun ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Parti Tahunan ke-17 Kanak-kanak Kiwanis 2015 di Petaling Jaya, Ahad lalu.

0 Response to "Akta Kanak-Kanak 2001 Akan Di Ganti?"

Post a Comment

Iklaneka


Tips & Panduan Mengurus Kewangan Anda Dengan Lebih Baik

Learn from renowned university professors without having to rush to their lecture halls


Tekanan darah tinggi adalah masalah serius, kalau dibiarkan berpanjangan boleh membawa maut