Soal Gaji Dan Kenaikkan Pangkat


Satu perkara yang amat sukar diimbangkan adalah berkenaan kepentingan majikan dan pekerja. Kedua-duanya ada HAK dan perlu dihormati. Walaupun kita mahu melihat pekerja menerima gaji yang sepadan dan sesuai dengan kos hidup semasa, namun kos perniagaan majikan juga perlu difikirkan juga. Ingat, jika majikan tutup perniagaan, maka pekerja pun hilang kerja juga. Kena saling bantu dan faham-mahami lah kan?


Di zaman ekonomi yang baik dahulu (80-an dan 90-an), majikan berlumba-lumba memberikan insentif atau faedah yang hebat bagi menarik pekerja berkerja dengan mereka. Ramai yang beri kontrak tetap dan gaji yang tinggi.

Apabila ekonomi menjadi malap, maka syarikat-syarikat terpaksa mengecilkan operasi dan mengurangkan kos dengan antara lain mengurangkan tenaga kerja. Akan tetapi, ramai pekerja yang dalam kontrak tetap dan untuk membuang mereka tanpa membayar pampasan amat besar adalah sulit. Begitu juga untuk menurunkan gaji mereka tanpa menyebabkan ia diinterpretasikan sebagai "constructive dismissal".

Ini semua menjadi pengajaran buat majikan dan mereka mula bertindak dengan:-
  • Menawarkan gaji dan tangga gaji yang rendah.
  • Bila terdapat lebihan untung, mereka tidak terlalu ghairah menaikkan gaji sebaliknya memberikan imbuhan dalam bentuk elaun dan bonus yang tidak tetap
  • Memberikan kontrak pendek, biasanya dua hingga 3 tahun sahaja.
Dari segi undang-undang, tindakan ini tidak salah asalkan, peruntukan Gaji Minima dipatuhi. Begitu juga jika majikan enggan menaikkan pangkat, gaji atau elaun atau memberi bonus. Tiada kesalahan undang-undang oleh mereka.

Pasaran Buruh
Di sini para pekerja kena faham pasaran buruh telah banyak berubah dari dua dekad yang lalu. Ternyata sekarang nisbah pekerja dengan pekerjaan itu kini lebih tinggi dan berpihak kepada majikan. Majikan tidak risau kehilangan pekerja kerana "satu pergi, 10 datang memohon".

Oleh itu, apa yang perlu dilakukan oleh pekerja adalah cuba berusaha bersungguh-sungguh dan buat anda amat penting (indispensable) buat majikan. Bila wujud keadaan sebegini, nescaya majikan anda berfikir panjang jika mahu buang anda atau menolak permintaan anda untuk kenaikkan gaji. 

- Soal Gaji Dan Kenaikkan Pangkat

0 Response to "Soal Gaji Dan Kenaikkan Pangkat"

Post a Comment

Iklaneka


Tips & Panduan Mengurus Kewangan Anda Dengan Lebih Baik

Learn from renowned university professors without having to rush to their lecture halls


Tekanan darah tinggi adalah masalah serius, kalau dibiarkan berpanjangan boleh membawa maut