Soalan Pembaca:
Salam, saya tertarik dengan penjelasan anda terhadap undang-undang buruh.
Soalan saya adalah berkaitan dengan isu baru-baru ini dimana seorang warga nepal telah dipukul oleh warga Malaysia kerana warga nepal tersebut meraba isterinya. Berdasarkan perkara ini, selepas berlakunya perkara tersebut, bolehkah warga nepal tersebut failkan report polis kerana dia dipukul?
Jawapan:
Ya, sudah tentu boleh. Kesalahan meraba dan memukul adalah dua kesalahan berlainan. Memukul adalah satu kesalahan jenayah. Anda tidak boleh memukul kecuali atas alasan mempertahankan diri.
Keduanya, warganegara asing juga dilindungi dibawah undang-undang negara ini dan tidak terhad kepada warganegara sahaja.
0 Response to "Bolehkah Warga Negara Asing Membuat Lapuran Polis Ke Atas Warganegara Malaysia"
Post a Comment