Soalan Pembaca:
Saya sedia maklum tentang notis berhenti kerja. Tapi masih kurang faham. Ada beberapa perkara saya ingin kemukakan;
- Jika saya telah bekerja lebih 5 tahun dan mahu berhenti kerja, adakah saya perlu memberikan notis 8 minggu, atau;
- Notis 12 minggu mengikut jawatan saya sekarang (Executive) sepertimana yang dinyatakan oleh pihak majikan saya? atau;
- Adakah syarat notis berhenti kerja ini tetap dalam akta pekerja atau majikan boleh mengubahnya?
Jawapan:
Notis adalah sebagaimana yang disebut dalam kontrak kerja anda. Jika ianya 8 minggu, maka 8 minggu lah notis anda.
Biarpun anda dilindungi oleh Akta Kerja 1955 sekalipun, jika ada terma berkenaan notis di sebut dalam kontrak, maka ia perlu dipatuhi kecuali jika ia tidak seimbang - misalnya notis untuk majikan lebih pendek dari notis buat pekerja.
0 Response to "Notis Berhenti Kerja - Adakah Boleh Di Ubah?"
Post a Comment