Soalan Pembaca:
Salam, saya ingin bertanyakan tentang pembyaran gaji. Gaji saya telah disekat/on hold tanpa majikan memberitahu saya. Apabila saya call tanya - alasan mereka attendance saya kurang memuaskan, sedangkan saya ada MC dan saya guna annual leave saya. Macam mana ya?
Jawapan:
Pertamanya, anda perlu dapatkan lebih maklumat dari majikan anda. Sebaiknya minta slip gaji untuk anda buat semakan mengenai potongan yang dibuat jika ada.
Kedatangan yang kurang memuaskan hendaklah diselesaikan menerusi prosedur yang betul, iaitu perlu ada surat tunjuk sebab dan peluang memberi penjelasan terlebih dahulu.
MC dan Annual Leave adalah tertakluk kepada prosedur juga. Rujuk artikel cuti tahunan di blog utama kami.
Jika ada yang tidak kena pada tindakan majikan, cuba berbincang dengan mereka. Jika ini tidak dapat dilakukan, maka bantuan dari Jabatan Tenaga Kerja berdekatan boleh diminta.
Oh ya, gaji tidak boleh disekat tanpa alasan yang dibenarkan oleh undang-undang. Rujuk artikel: Upah atau Gaji.
Terima kasih.
saya hendak bertanya.. jika gaji disekat oleh majikan tanpa diberitahu .. alasan kerana sy { wakil kepada yg ditindas} ada membuat pembelian di kedai elektrik.. dan berhutng dengan kedai tsebut... beliau telah membuat perbincangan dgn kedai tersebut utk mbuat bayaran bulanan tp pihak majikan enggan membayar gaji .. apakah perlu beliau buat tindakan
ReplyDeleteAssalamualaikum .... Tolong ajar sya pe patut sy buat... Sya di berhentkan kerja blan 2, blan lepas.... Msalahnya gji sya, janji 7/3 nak bayar.,tapi sampai sekarang x de... Sebab d berhntikan Ada rekod..
ReplyDelete