Soalan pembaca:
Salam sejahtera. Saya ingin mengemukakan satu soalan yang dari kurang fahami dari segi undang-undang pekerja. Saya telah berkerja selama 3 tahun di sebuah syarikat. Maka, saya menerima cuti tahunan sebanyak 12 hari.
- Sekiranya saya ingin meletakkan jawatan saya sekarang, bagaimana dengan cuti tahunan saya itu?
- Bolehkah saya mengambil sekaligus dalam tempoh notis saya atau saya cuma boleh ambilnya secara berperingkat?
Jawapan:
Pertamanya, suka saya ingatkan bahawa hubungan dan tanggungjawab pekerja dan majikan adalah dinyatakan di dalam kontrak kerja. Oleh itu, rujukan pada kontrak kerja dan polisi syarikat amat penting dalam hampir semua hal.
Jika anda dilindungi oleh Akta Kerja 1955 (gaji di bawah RM 2,000), maka peruntukkan Akta boleh dirujuk juga. Namun, akta cuma menetapkan majikan cuma wajib:-
- Berikan AL kepada pekerja
- Jumlah minima dalah sebagaimana yang ditetapkan oleh akta
Soal samada bila dan bagaimana - tidak diterangkan. Oleh itu, majikan bebas samada mahu approve atau tidak permohonan cuti anda termasuk waktu notis. Jika tidak mahu approve, maka majikan perlu membayar nilai cuti tersebut yang tidak dapat dihabiskan itu.
Dalam hal ini, anda boleh propose/cadangkan dalam surat perletakan jawatan untuk ambil cuti sekaligus dihujung tempoh notis. Kebanyakkan majikan suka cara ini. Namun, semuanya bergantung kepada polisi syarikat anda.
Terima kasih.
0 Response to "Mengambil Cuti Tahunan Sekaligus Selepas Meletakkan Jawatan"
Post a Comment