Bolehkah Pekerja Memberi Notis 24 Jam Kerana Belum DiSahkan Jawatan


Soalan pembaca:

Saya ingin bertanya. Saya sekarang berkerja di Travel For All. Saya berkerja di sini hampir 9 bulan dan saya belum menerima surat pengesahan jawatan (confirmation letter). Saya pernah bertanya kepada HR dan HR mengesahkan yang saya sudah confirmed

Akan tetapi, saya belum masih menerima surat tersebut dan belum tandatanganinya. Bolehkah saya resign dengan notis 24 jam?

Jawapan:

Bila ianya lisan pastinya ada pertikaian kan? Jadi status anda samada sudah sah atau tidak adalah samar-samar. Namun, jika majikan boleh tunjukkan rekod atau keterangan yang menyokong bahawa anda telah confirmed, maka kira sahlah anda dalam jawatan. 

Itu baru isu pengesahan jawatan. Jangan keliru. Ia mesti diperlihat satu persatu.

Jika belum disahkan dalam jawatan sekalipun, anda perlu rujuk kontrak kerja kembali atau polisi  syarikat atau akta kerja jika ia terpakai buat anda kerana tiadanya kontrak kerja bertulis/polisi  syarikat. Tempoh notis itu perlu dipatuhi dan ianya tidak semestinya 24 jam.

Terima kasih.

0 Response to "Bolehkah Pekerja Memberi Notis 24 Jam Kerana Belum DiSahkan Jawatan"

Post a Comment

Iklaneka


Tips & Panduan Mengurus Kewangan Anda Dengan Lebih Baik

Learn from renowned university professors without having to rush to their lecture halls


Tekanan darah tinggi adalah masalah serius, kalau dibiarkan berpanjangan boleh membawa maut