Soalan pembaca:
Sekiranya saya membantah perintah majikan kerana mengarah buat kerja lain selain dari jenis kerja yg ditetapkan dalam surat perlantikan jawatan lalu menyuruh saya punch kad balik rumah..saya bersalah kah?
Jawapan:
Zaman ini adalah zaman 'multi-tasking'. Oleh itu, dikebanyakkan syarikat. pekerja adalah diminta membuat pelbagai kerja biarpun diluar dari job scope pekerja.
Selalunya, hal ini diberitahu awal-awal oleh pihak majikan. Namun, ada juga yang diam-diam dan mengharap pekerja faham-faham sendiri.
Bolehkah pekerja membantah?
TIDAK BOLEH. Ini dianggap sebagai 'insubordination' - satu kesalahan yang berat dalam undang-undang pekerja. Anda boleh rayu dan tulis kepada majikan jika tidak bersetuju, namun pada masa arahan diberikan, ia hendaklah dilaksanakan.
KEKECUALIAN adalah apabila,
Surat tawaran atau kontrak kerja secara spesifik menyebut kerja-kerja yang anda TIDAK boleh lakukan. ATAU secara spesifik mengatakan anda cuma boleh disuruh membuat kerja-kerja yang tersenarai dalam job scope sahaja.
Agak jarang terma ini ada kan? Berapa ramai yang minta terma sebegini dimasukkan dalam kontrak semasa temuduga/rundingan kontrak?
0 Response to "Bolehkah Pekerja Diarahkan Membuat Kerja Yang Tidak Berkaitan Dengan Jawatannya?"
Post a Comment