Pegawai, Akauntan, Eksekutif, Kerani, Penyelia Dan Lain-Lain Lagi
JOM APPLY!
[Blank]

Caruman KWSP Untuk Pekerja



Soalan pembaca:

Saya sudah bekerja di syarikat swasta selama lebih kurang 7 bulan. Sekarang ini, selama 7 bulan syarikat di tempat saya tidak mencarum gaji pekerja ke KWSP kerana kata mereka syarikat mereka belum berdaftar lagi dengan pihak SSM untuk establish sendirian berhad (sdn bhd).

Offer letter pun tiada. Sekarang pihak management syarikat saya sudah memaklumkan pada saya bahawa saya sudah confirm daripada tempoh latihan melalui lisan.

Jadi, saya ingin bertanya sesuatu adakah syarikat tempat saya bekerja itu boleh dikenakan apa-apa tindakan disebabkan tiada caruman dibuat (sekarang bulan April baru dapat sdn bhd)?

Adakah boleh saya memberi notis resign 24 jam atau seminggu kerana tiada dokumen hitam putih seperti offer letter dan confirmation letter?

Jawapan:

Caruman KWSP itu adalah WAJIB sebaik sahaja pekerja memulakan tugas mereka. Ia merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja jika caruman tidak dibuat ya.

Alasan, tidak berdaftar dengan SSM pula tidak boleh dipakai. Sebelum perniagaan dimulakan lagi peniaga wajib memohon lesen berniaga dan berdaftar dengan SSM (untuk perniagaan di Semenanjung Malaysia).

Oleh itu, terdapat dua kesalahan disini oleh majikan anda.

Soal berhenti kerja pula sudah masuk topik lain ya. Tidak boleh dicampur adukkan isu. Rujuk artikel terdahulu: 


Sebaiknya anda berbincang dengan majikan dalam hal ini. Mohon dia lepaskan dalam tempoh 24 jam atas alasan anda tidak dicarumakan KWSP. 

Terima kasih.

0 Response to "Caruman KWSP Untuk Pekerja"

Post a Comment

Iklaneka


If you like to dance to funky or fast rhythms, you’d love Zumba

Malaysian-based, online suppliers


Mansau Ansau, Shiatsu, Thai, China, Urut Batin