Soalan Pembaca:
Majikan saya secara lisan telah pun mengesahkan jawatan saya dan mengarahkan saya untuk membuat surat pengesahan jawatan akan tetapi oleh kerana terlalu banyak kerja maka saya terabaikan surat pengesahan jawatan saya.
Baru baru ini saya telah menerima email daripada pihak majikan yang mengatakan tidak sah kan saya dalam jawatan dan saya masih dalam memerhatian. Minta pencerahan.
Terima Kasih.
Jawapan:
Sekali lagi soalan begini adalah lebih melibatkan hal prosedur daripada undang-undang pekerjaan/kontrak sendiri.
Amnya, pengesahan lisan adalah SAH dan boleh diterima. Masaalahnya, jika ia tidak diakui oleh pihak yang satu lagi, ia menjadi bebanan buat anda untuk membuktikannya.
Oleh itu, dalam banyak hal, kami sering menasihatkan pembaca untuk minta (insist) dokumen, slip, kontrak bertulis. Ia lebih selamat dan memudahkan semua pihak.
Akan tetapi, tidak bermakna anda tidak boleh argue akan hak anda. Jika perlu tulis surat penerangan kepada pihak pengurusan atau jumpa terus dengan majikan/pemilik.
Terima kasih.
0 Response to "Pengesahan Jawatan Secara Lisan"
Post a Comment