Pegawai, Akauntan, Eksekutif, Kerani, Penyelia Dan Lain-Lain Lagi
JOM APPLY!
[Blank]

Unpaid Leave Selepas Notis Berhenti Kerja



Soalan pembaca:

Salam, Saya ingin bertanya. Saya hantar notis berhenti kerja pada 15.02.2016 dan tempoh notis adalah 1 bulan. Tarikh akhir saya bekerja adalah 15.03.2016. Saya mempunyai 2 hari cuti tahunan yang belum digunakan. Soalan saya:-
  1. Jika saya ingin berhenti pada 2 March, dengan memohon cuti tanpa gaji,bagaimana pergiraan gaji bulan March saya?
  2. Bolehkah dalam tempoh notis, saya memohon cuti tanpa gaji untuk memendekkan notis berhenti kerja saya?

Jawapan:

Saya rasa bab ini ramai yang keliru. Cuti tanpa gaji biasanya digunakan dalam tempoh perkhidmatan. 
Bila anda sudah berikan notis, maka cuti sebegini tidak wujud lagi.

MENGAPA?

Jika ini dibenarkan, maka apa tujuan klausa 'notis' diletakkan dalam kontrak kerja? Pekerja boleh berikan notis sebulan dan kemudiannya mohon cuti tanpa gaji sebulan juga.

Oleh itu objektif agar pekerja berikan notis tidak dicapai.

Notis amat diperlukan bagi tujuan pegambilahan kerja (handover) dari pekerja lama ke pekerja baru.

Bila ada pekerja yang berhenti, maka majikan akan mengambil pekerja baru dan majikan perlukan pekerja yang berhenti untuk patuhi tempoh notis bagi mengajar pekerja baru mengambil alih tugasnya.

Oleh itu juga, untuk soalan-soalan anda tadi:
  1. Anda tidak boleh pohon cuti tanpa gaji.
  2. Jika anda mahu memendekkan tempoh notis, maka anda perlu bayar tempoh notis tersebut kepada majikan (in lieu of notice). Jika sebulan, maka perlu bayar nilai gaji sebulan untuk lepaskan anda sebulan awal.

Terima kasih.

1 Response to "Unpaid Leave Selepas Notis Berhenti Kerja"

  1. terima kasih atas penerangan, boleh Tuan berikan any reference case, industrial court case ke?

    ReplyDelete

Iklaneka


If you like to dance to funky or fast rhythms, you’d love Zumba

Malaysian-based, online suppliers


Mansau Ansau, Shiatsu, Thai, China, Urut Batin