Akta ini telah dipinda pada tahun 2010 menerusi Akta Antipemerdagangan Orang (Pindaan) 2010 [Akta A1385]. Ia memberikan Kementerian Dalam Negeri Malaysia lebih kuasa untuk mengawal penyeludupan warga asing ke negara ini bagi tujuan pemerdagangan, pelacuran dan sebagainya.
Pemerdagangan Orang
Di bawah Akta ini ia bermaksud:
segala perbuatan yang melibatkan pemerolehan atau pengekalan tenaga kerja atau perkhidmatan seseorang melalui paksaan, dan termasuklah perbuatan merekrut, mengangkut, memindahkan, melindungi, menyediakan atau menerima seseorang bagi maksud Akta ini.
Elemen utama adalah mengambil atau memindahkan orang secara PAKSAAN. Ini juga termasuk secara penipuan dan ugutan.
Paksaan dijelaskan dengan lebih lanjut di bawah Seksyen 2:
"paksaan” ertinya—
- ancaman kecederaan berat kepada atau sekatan fizikal terhadap mana-mana orang;
- apa-apa skim, rancangan, atau corak yang diniatkan untuk menyebabkan seseorang untuk mempercayai bahawa kegagalan untuk menjalankan sesuatu perbuatan akan mengakibatkan kecederaan berat kepada atau sekatan fizikal terhadap mana-mana orang; atau
- penyalahgunaan atau ancaman penyalahgunaan proses undang-undang;
Kebanyakkan kesalahan di bawah Akta ini adalah berkaitan dengan ekploitasi mereka yang diseludup masuk ke negara ini.
Eksploitasi
Di bawah Akta adalah termasuklah segala bentuk eksploitasi seks, kerja atau perkhidmatan paksa, perhambaan atau amalan yang menyerupai perhambaan, pengabdian, apa-apa aktiviti yang menyalahi undang-undang atau pemindahan organ manusia;
Kanak-Kanak
Kesalahan terhadap kanak-kanak adalah lebih berat dan hukuman adalah lebih keras. Untuk tujuan akta ini, kanak-kanak adalah mereka yang umurnya dibawah 18 tahun.
Kesalahan-Kesalahan Utama
Seksyen 12:
Memperdagangkan orang yang bukan merupakan seorang kanak-kanak, bagi maksud eksploitasi
PENALTINYA:
Apabila disabitkan, hukuman penjara tidak lebih lima belas (15) tahun dan boleh dikenakan denda
Seksyen 13
Memperdagangkan orang yang bukan merupakan seorang kanak-kanak, bagi maksud eksploitasi dengan satu atau lebih cara berikut :
- Ancaman;
- Penggunaan kekerasan atau bentuk paksaan yang lain;
- Pemelarian;
- Fraud;
- Perdayaan;
- Penyalahgunaan kuasa;
- Penyalahgunaan kedudukan orang yang mudah terdedah kepada perbuatan pemerdagangan orang; atau
- Pemberian atau penerimaan bayaran atau faedah untuk memperoleh kerelaan seseorang yang mempunyai kawalan ke atas orang yang diperdagangkan
PENALTINYA:
Apabila disabitkan, hukuman penjara tidak kurang tiga (3) tahun tetapi tidak melebihi dua puluh (20) tahun dan boleh dikenakan denda
Seksyen 14:
Memperdagangkan orang yang merupakan seorang kanak-kanak, bagi maksud eksploitasi
PENALTINYA:
Apabila disabitkan, hukuman penjara tidak kurang tiga (3) tahun tetapi tidak melebihi dua puluh (20) tahun dan boleh dikenakan denda
Rujukan lanjut DI SINI.
Mohon rujukan. Terima kasih :)
ReplyDelete