Ordinary Rate of Pay bermaksud jumlah gaji biasa yang diperolehi seseorang pekerja samada secara bulanan, hari, minggu atau jam.
Namun, untuk maksud di bawah Akta Kerja 1955, Sabah Labour Ordinance & Sarawak Labour Ordinance - ia bermaksud gaji sehari untuk tempoh masa biasa kerja (selalunya 8 jam).
Sub-section 60I(1)(a):
"ordinary rate of pay" means wages as defined in section 2, whether calculated by the month, the week, the day, the hour, or by piece rate, or otherwise, which an employee is entitled to receive under the terms of his contract of service for the normal hours of work for one day, but does not include any payment made under an approved incentive payment scheme or any payment for work done on a rest day or on any gazetted public holiday granted by the employer under the contract of service or any day substituted for the gazetted public holiday.
Formula kiraanya adalah:
Bila pekerja bergaji bulan:
Kadar gaji sebulan
26
Bila pekerja bergaji mingguan:
Kadar gaji seminggu
6
Bila pekerja bergaji hari:
Jumlah gaji yang diperolehi dalam tempoh gaji sebelumnya
Jumlah hari sebenar pekerja berkerja.
Dalam banyak hal, majikan akan ambil jalan mudah dengan menggunakan kadar gaji hariannya sahaja.
Sub-Section 60I (2) menyatakan majikan boleh menggunakan formula lain asalkan kiraan tersebut tidak menghasilkan kadar yang lebih rendah buat pekerja.
Contohnya:
Untuk tujuan kiraan OT, anda TIDAK boleh gunakan formula:
Kadar gaji sebulan
Jumlah hari dalam bulan tersebut
Sekian untuk makluman anda. Terima kasih.
Adakah ORP ini sama seperti basic salary atau ORP ini campur sekali dengan elaun2 lain? terima kasih.
ReplyDelete