Pegawai, Akauntan, Eksekutif, Kerani, Penyelia Dan Lain-Lain Lagi
JOM APPLY!
[Blank]

Cara Kiraan OT (Kerja Lebih Masa) Pada Hari Rehat



Berbeza dengan kerja lebih masa pada hari biasa, apa-apa kerja yang dibuat (walau sejam pun) pada hari rehat anda adalah dianggap sebagai kerja lebih masa ataupun over-time (OT).

Contohnya:

Hari Rabu adalah off day (hari rehat) anda. Tiba-tiba, majikan anda telefon dan menyuruh anda berkerja pada hari tersebut. Walaupun satu jam anda berkerja sekalipun, ia perlu dikira pada kadar OT hari rehat.

Kadar Kerja Lebih Masa

Kadar OT untuk hari rehat adalah berbeza diantara pekerja bergaji bulan dan pekerja bergaji hari. Ini kerana hari rehat pekerja bergaji bulan adalah hari rehat bergaji, manakala yang bergaji hari pula tiada gaji jika tidak berkerja.

PEKERJA BERGAJI BULAN

Samada pekerja berkerja atau tidak, dia tetap layak kepada satu hari gaji pada hari rehat mereka. Jika mereka berkerja pula, mereka akan mendapat tambahan lagi sebanyak:

Jika OT ADALAH selama 4 jam atau kurang:

½ X ORP (bersamaan dengan setengah hari gaji)

Jika melebihi 4 jam tetapi kurang dari 8 jam:

1 X ORP (bersamaan dengan satu hari gaji)

Melebihi 8 jam:

Bagi setiap jam anda berkerja selepas melebihi 8 jam, anda juga layak terima tambahan gaji sebanyak:

2x HRP X jam berkerja

Contoh:

Abu berkerja pada hari rehat selama 10 jam (tidak termasuk masa rehat). Kadar gaji seharinya (ORP) adalah RM 10. Kira gaji yang diterima pada hari tersebut.
  1. Gaji biasa untuk hari tersebut = RM 16
  2. Kerja 8 jam pertama = 1 x ORP = RM 16
  3. 2 x 2 (HRP) x 2 jam kerja = RM 8

Jumlah = RM40


PEKERJA BERGAJI HARI

Pekerja bergaji hari tidak mendapat gaji jika tidak berkerja pada hari rehat. Cuma dapat rehat sahaja dan di wajibkan di bawah Akta Kerja 1955. Jika dia berkerja, dia layak dibayar seperti berikut:

Jika OT ADALAH selama 4 jam atau kurang:

1 X ORP (bersamaan dengan satu hari gaji)

Jika melebihi 4 jam tapi kurang 8 jam:

2 X ORP (bersamaan dengan dua hari gaji)

Melebihi 8 jam:

Bagi setiap jam anda berkerja selepas melebihi 8 jam, anda juga layak terima tambahan gaji sebanyak:

2x HRP X jam berkerja

Contoh:

Abu berkerja pada hari rehat selama 10 jam (tidak termasuk masa rehat). Kadar gaji seharinya (ORP) adalah RM 10. Kira gaji yang diterima pada hari tersebut.
  1. Gaji biasa untuk hari tersebut = RM 0
  2. Kerja 8 jam pertama = 2 x ORP = RM 32
  3. 2 x 2 (HRP) x 2 jam kerja = RM 8

Jumlah = RM40


Terima kasih kerana membaca. Semoga ia membantu anda semua.

Rujukan:


1 Response to "Cara Kiraan OT (Kerja Lebih Masa) Pada Hari Rehat"

  1. Kiraan ni mengikut akta pejabat buruh ke?
    majikan boleh ke tukt kadar bayaran o.t?

    ReplyDelete

Iklaneka


If you like to dance to funky or fast rhythms, you’d love Zumba

Malaysian-based, online suppliers


Mansau Ansau, Shiatsu, Thai, China, Urut Batin