CIDB Berkas 13 Pekerja Asing


Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Perlis memberkas 13 buruh asing yang tidak memiliki kad pendaftaran personel binaan untuk bekerja dalam sektor pembinaan pada satu Operasi Bersepadu di sebuah tapak pembinaan di sini, hari ini.

Pengarahnya, Mohammad Farris Abdul Aziz berkata, operasi itu yang disertai enam agensi tempatan turut memeriksa 34 pekerja asing lain namun ramai berjaya meloloskan diri apabila menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Lima lagi iaitu dua warga Indonesia, seorang Bangladesh dan dua rakyat Myanmar termasuk seorang wanita ditahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan, katanya pada sidang media selepas operasi berakhir.

Operasi mengejut diketuai CIDB itu membabitkan 53 penguat kuasa Jabatan Imigresen, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pendaftaran, Akademi Binaan Malaysia, Majlis Perbandaran Kangar serta Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan Perlis.

Mohammad Farris berkata CIDB telah mengeluarkan notis kepada kontraktor projek pembinaan yang mewajibkan pekerja asing memiliki kad pendaftaran personel binaan sebelum operasi dibuat.

Kad perakuan itu adalah pengesahan untuk pekerja asing layak bekerja di sektor pembinaan dan layak melakukan kerja-kerja pembinaan berdasarkan bidang kepakaran yang dinyatakan pada kad berkenaan, tambahnya.

Beliau berkata, syarikat yang menggaji pekerja tanpa memiliki kad perakuan boleh dikenakan tindakan mengikut Akta CIDB.

Dalam operasi itu juga Jabatan Kesihatan mengeluarkan dua notis pembersihan dan satu dikenakan kompaun RM500 kerana mendapati rumah kongsi di projek pembinaan tersebut menjadi sarang pembiakan nyamuk.

Katanya CIDB akan melakukan operasi bersepadu secara mengejut bagi meningkatkan pematuhan undang-undang dan akta CIDB di tempat pembinaan selain untuk meningkatkan kesedaran pemaju dan keselamatan di tapak binaan. 

Sumber: Bernama

0 Response to "CIDB Berkas 13 Pekerja Asing"

Post a Comment

Iklaneka


Tips & Panduan Mengurus Kewangan Anda Dengan Lebih Baik

Learn from renowned university professors without having to rush to their lecture halls


Tekanan darah tinggi adalah masalah serius, kalau dibiarkan berpanjangan boleh membawa maut