Bolehkah Pekerja Berkerja Selama 10 jam Sehari? OT?




Soalan pembaca:

Adakah waktu kerja seperti di bawah dibolehkan?

Waktu kerja adalah seperti di bawah :-

  • Isnin : Offday
  • Selasa : Rest Day
  • Rabu : 9.30am ~ 8.00pm (1 hour lunch)
  • Khamis : 9.30am ~ 8..00pm (1 hour lunch)
  • Jumaat : 9.30am ~ 9.30pm (1 hour lunch + 1 hour dinner)
  • Sabtu : 11.30am ~ 10.00pm (1 Hour Dinner)
  • Ahad : 11.30am ~ 10.00pm (1 Hour Dinner)

Total working hour per week :-

  • 9.50 hours x 4 = 38 hours
  • 10 hours x 1 = 10 hours
  • Total = 48 hour / weeks

Adakah aturan waktu kerja seperti ini dibolehkan?

Adakah pekerja layak untuk menerima upah kerja lebih masa kerana perkerja berkerja lebih dari 9jam/sehari tetapi tidak melebihi 48jam/seminggu.

Terima Kasih.


Jawapan:

Memang dalam Akta Kerja 1955 ada sebut 48 jam seminggu. Namun, kena baca juga dengan klausa-klausa yang lain. Antaranya, perlu 8 jam sehari dan jika ada masa rehat, maka jumlah masa kerja termasuk rehat tidak boleh melebihi 10 jam.

Kekecualian adalah pada proviso Seksyen 60A(1):

(iii) By agreement between an employer and employee, the number of hours of work per day may be more on one or more days a week, but the following conditions must be obeserved:

- not to exceed 9 hours per day; and
- not to exceed 48 hours in one week.

Kata kuncinya di sini adalah 'By agreement between an employer and employee' iaitu mesti ada persetujuan bersama antara majikan dan pekerja untuk membuat jadual sebegini dahulu. Sebaiknya bertulis.

Kedua, masa kerja sebenar dalam sehari TIDAK BOLEH MELEBIHI 9 jam sehari. Jika lebih perlu bayar pada kadar OT.

Oleh itu, berdasarkan jadual yang anda berikan di atas, majikan perlu OT sebanyak 3 jam.

0 Response to "Bolehkah Pekerja Berkerja Selama 10 jam Sehari? OT?"

Post a Comment

Iklaneka


Tips & Panduan Mengurus Kewangan Anda Dengan Lebih Baik

Learn from renowned university professors without having to rush to their lecture halls


Tekanan darah tinggi adalah masalah serius, kalau dibiarkan berpanjangan boleh membawa maut