Denda RM5,000 Atau Penjara Jika Tak Benar Pekerja Mengundi - SPR



Majikan akan dikenakan tindakan denda RM5,000 dan penjara setahun sekiranya tidak membenarkan pekerjanya keluar mengundi pada pilihan raya negeri Sarawak (PRN) ke-11 pada 7 Mei ini.

Pengerusi Suruhanjaya PIlihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata ia diperuntukkan mengikut subseksyen 25 (3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"SPR ingin menarik perhatian bahawa pada hari mengundi tiap-tiap majikan dikehendaki memberi tempoh yang munasabah kepada pengundi-pengundi yang bekerja dengannya untuk keluar mengundi.

"Tiada majikan boleh membuat apa-apa potongan daripada gaji atau saraan lain mana-mana pemilih itu atau mengenakan ke atasnya atau menuntut daripadanya apa-apa penaliti sebab dia tidak hadir kerja dalam tempoh itu," katanya.

Sumber: MalaysiaKini

0 Response to "Denda RM5,000 Atau Penjara Jika Tak Benar Pekerja Mengundi - SPR"

Post a Comment

Iklaneka


Tips & Panduan Mengurus Kewangan Anda Dengan Lebih Baik

Learn from renowned university professors without having to rush to their lecture halls


Tekanan darah tinggi adalah masalah serius, kalau dibiarkan berpanjangan boleh membawa maut