60 Majikan DiKompaun Gagal Patuhi Akta Kerja 1957



KUALA LUMPUR: Sebanyak 60 majikan dikompaun sepanjang tahun lalu kerana gagal memberi salinan kontrak kerja kepada pekerja mereka, sekali gus melanggar Peraturan 8 Peraturan-Peraturan Kerja 1957, Akta Kerja 1955

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib, berkata Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Semenanjung menjalankan 31,202 pemeriksaan berkanun bagi tahun 2015 dan daripada jumlah itu 2,251 majikan didapati melanggar peraturan berkenaan. "Majikan terbabit diberi syor pematuhan dan sebahagian besarnya mematuhi arahan dikemukakan, kecuali 60 yang dikenakan kompaun kerana gagal mematuhi peraturan berkenaan," katanya menjawab soalan Che Zulkifly Jusoh (BN-Setiu) di Dewan Rakyat, hari ini.

Sumber: BH Online

0 Response to "60 Majikan DiKompaun Gagal Patuhi Akta Kerja 1957"

Post a Comment

Iklaneka


Tips & Panduan Mengurus Kewangan Anda Dengan Lebih Baik

Learn from renowned university professors without having to rush to their lecture halls


Tekanan darah tinggi adalah masalah serius, kalau dibiarkan berpanjangan boleh membawa maut