Kelayakkan Cuti Tahunan



Soalan pembaca:

Saya hendak tanya: Saya baru bekerja disebuah syarikat pada 15 Nov 2015 dan kontrak selama 6 bulan dan berakhir pada 16 Mei 2016. Gaji saya RM2000 setiap bulan. Pihak syarikat mengatakan saya tidak layak mendapat cuti tahunan.Jika saya hendak cuti saya perlu mengambil cuti tanpa gaji (unpaid leave).Soalan saya, adakah seorang pekerja kontrak layak mendapat cuti tahun walaupun dalam surat tawaran kerja (LO) menyatakan tiada cuti tahunan untuk staff kontrak seperti saya.

Jawapan:

Isu mengenai cuti tahunan telah kami jelaskan dengan panjang lebar dalam artikel Undang-Undang Buruh – Cuti Tahunan. Sekali lagi kami ingatkan bahawa "cuti tahunan hendaklah diperolehi (earned) dan bukannya dimiliki secara automatik".

Maknanya kerja dahulu, baru dapat kelayakkan cuti tahunan.

Soal kontrak anda cuma 6 bulan TIDAK RELEVAN. Semua perkerja adalah diambil berkerja secara kontrak. Yang membezakannya cuma TEMPOH kontrak sahaja.

Majikan yang baik hati boleh beri terma yang labih baik itu - beri cuti tahunan sejurus pekerja masuk bekerja. Boleh buat TETAPI tidak diwajibkan oleh undang-undang.

0 Response to "Kelayakkan Cuti Tahunan"

Post a Comment

Iklaneka


Tips & Panduan Mengurus Kewangan Anda Dengan Lebih Baik

Learn from renowned university professors without having to rush to their lecture halls


Tekanan darah tinggi adalah masalah serius, kalau dibiarkan berpanjangan boleh membawa maut