Tuntutan Pampasan Atas Pemberhentian Kerja


Isu tuntutan pampasan atas pemberhentian kerja ini agak sulit untuk diterangkan kerana ia agak teknikal dan melibatkan pelbagai opsyen buat pekerja. Silap penerangan pastinya anda akan keliru dan membuat kesilapan.

Oleh itu, saya akan cuba terangkan topik ini dengan cara yang paling mudah dan pantas.



PERTAMA
Jika anda diberhentikan kerja DAN anda rasa ianya tidak adil/munasabah maka anda perlu teliti opsyen anda dahulu. Lihat kontrak, lihat sebab diberhentikan, lihat notis dan lihat pampasan yang ditawarkan (jika ada). 

KEDUA
Adakah pampasan diberikan kepada anda?

KETIGA
Adakah anda menerima pampasan itu?

KEEMPAT
Adakah anda dilindungi oleh Akta Kerja 1955? Jika ia, anda boleh memohon pampasan di bawah Employment (Termination And Lay-Off Benefits) Regulations 1980.

KELIMA
Jika pempasan sahaja yang ada mahu, sila rujuk dengan Jabatan Tenaga Kerja. Jika perlu JTK akan memanggil majikan dan pekerja untuk berunding damai dan jika ada amaun yang dipersetujui, maka pampasan akan diberikan kepada anda.

KEENAM
Jika anda tidak bersetuju dengan pampasan, maka anda perlu failkan satu represantasi ke Jabatan Perhubungan Perusahaan. Rujuk artikel: Akta Perhubungan Perusahaan 1967.

KETUJUH
Jika anda telah bersetuju dengan pampasan dan menerima pampasan yang ditawarkan, maka #6 tidak terpakai dengan anda lagi. Tidak boleh tuntut pampasan dan pemberhentian kerja secara salah bersama. Mesti pilih salah satu.

KELAPAN
Jika kes anda dibawa ke Mahkamah Perindustrian melalui #6 dan anda menang kes anda, maka mahkamah akan memutuskan samada anda perlu diambil kembali ke dalam jawatan anda atau majikan perlu membayar pampasan kepada anda. Biasanya pampasan yang diperoleh dari Mahkamah Perusahaan lebih tinggi nilainya dari Employment (Termination And Lay-Off Benefits) Regulations 1980. 

Terima kasih.

1 Response to "Tuntutan Pampasan Atas Pemberhentian Kerja"

  1. Selamat petang nama saya RAJESWARY saya seorang ibu tungal Dan saya kerje sebagai security dekat kawasan rumah saya tempat kerje saya tiade cuti walaupun sebulan Sekali ambil cuti boss saya tolak gaji 2kali ganda Dan pada 20hb bulan 7 ni saya selsema Dan demam sb tu I pun dah bagi tau dekat boss saya tapi boss saya tolak terimah orang ganti Dan terus buang kerje I Tanpa notis Dan saya kerje Selama 7bulan dengan company tu gaji saya basic rm 1,400 sahaje tiade OT tiade elaun s
    Dan tiade ape tambah selagi tolak gaji ade banyak macam macam alasan masa kerje saya 12jam sehari sebulan Sekali pun tiade cuti walaupun sebulan Sekali ambil cuti boss saya tolak gaji 2kali ganda

    ReplyDelete

Iklaneka


Tips & Panduan Mengurus Kewangan Anda Dengan Lebih Baik

Learn from renowned university professors without having to rush to their lecture halls


Tekanan darah tinggi adalah masalah serius, kalau dibiarkan berpanjangan boleh membawa maut