Perkataan 'pro rata' berasal dari perkataan latin yang bermaksud sebahagian (in proportion). Selalunya ia digunakan dalam konteks undang-undang dan ekonomi bagi tujuan pengiraan. Dalam banyak hal, perkataan ini boleh mengelirukan kerana maksudnya yang tidak jelas. Biasanya ia dianggap sebagai merujuk sebagai 'sama rata'.
Namun, sama rata juga tertakluk kepada formula yang digunakan. Untuk kiraan gaji sehari ataupun dalam bahasa Inggerisnya 'Ordinary Rate Pay' (ORP), formula yang digunakan adalah gaji bulan dibahagikan dengan 26. Gaji sejam atau 'Hourly Rate Pay' pula ialah bila ORP dibahagikan dengan 8 jam.
Kiraan ORP dan HRP sebegini adalah wajib bagi tujuan kiraan OT pekerja yang dilindungi oleh Akta Kerja 1955. Ia juga boleh digunakan bagi tujuan pemotongan gaji bila pekerja tidak hadir kerja tanpa kebenaran (unpaid leave).
Untuk tujuan kedua, anda boleh gunakan kiraan gaji dibahagikan dengan jumlah hari dalam sebulan. Misalnya, dalam bulan April - gaji sebulan dibahagikan dengan 30 untuk mendapatkan nilai gaji sehari. Kiraan sebegini biasanya dirujuk sebagai kiraan gaji secara pro rata.
Untuk tujuan pemotongan gaji kiraan ini tidak salah dibawah Akta Kerja 1955 kerana ia tidak merugikan pekerja. Jumlah yang dipotong adalah lebih kecil dari yang tetapkan oleh Akta, maka gaji yang dinikmati adalah lebih besar.
Khidmat kiraan gaji dan payslip untuk yg bekerja.
ReplyDeleteWhatsap saya +60196768941 atau email ke slipgajimalaysia@gmail.com