Di dalam artikel Executive Job Search Tips, kami menekankan kepentingan memahami kerja yang mahu dipohon dan melihat syarat-syarat yang ditetapkan sebelum membuat permohonan. Jika anda tidak layak, jangan susahkan diri mencuba kerana ia hanya membuang masa dan tenaga anda sahaja.
Lihat dengan teliti job scope yang diberi dan syarat-syarat minimanya. Sesetengan syarat ini boleh dirunding dengan menulis cover letter yang baik bagi menunjukkan anda layak berdasarkan faktor lain. Akan tetapi syarat-syarat seperti kelayakkan khas (berdaftar dengan agensi/badan tertentu) adalah tidak boleh dirunding sama sekali.
Rujuk juga contoh-contoh yang kami beri dalam artikel Job Search: Put Your Best Foot Forward.
Syarat Kerja Dan Peranan Kerajaan
Kebelakangan ini kerajaan banyak menetapkan syarat-syarat tertentu untuk majikan dalam industri tertentu patuhi. Ini terutamanya dalam industri yang beresiko tinggi atau melibatkan kepentingan awam.
Oleh itu, majikan samada mahu atau tidak terpaksa merekrut orang-orang kompetent dengan sijil dan perdaftaran dari agensi/badan tertentu agar tidak dikenakan penalti oleh kerajaan. Oleh itu, pengambilan kerja begini adalah lebih kepada compliance daripada keperluan.
Bila pengambilan adalah disebabkan oleh kepatuhan undang-undang (compliance), maka ruang untuk budibicara agar tertutup. Soalannya adalah samada anda punyai kelayakkan yang ditetapkan atau tidak? Jika tidak, maka mana-mana syarikat pun tidak boleh mengambil anda untuk jawatan tersebut.
Oleh itu, periksa dengan teliti kerja yang mahu dipohon. Kenali dan fahaminya dahulu. Jika sesuai, baru hantar permohonan anda ya.
0 Response to "Kenali Dan Fahami Kerja Sebelum Memohon"
Post a Comment