Menghadapi Boss Yang Tidak Adil Dan Pilih Kasih



Amat kerap kami mendapat pertanyaan sebegini. Bagaimana hendak menangani boss yang tidak adil, pilih kasih, kuat marah, sering memalukan pekerja dan sebagainya? Dalam banyak hal, nasihat kami ialah intai kerja di tempat lain jika perlu. 

Tiada gunanya anda bergaduh dengan majikan kerana ia tidak membawa sebarang menafaat buat anda.

Mengapa Susah Menangani Boss Yang Tidak Adil?

Ini kerana 'adil' adalah subjektif dan perlu diterangkan. Apa yang adil bagi satu pihak, mungkin tidak kepada pihak yang satu lagi.

Keduanya, bila anda mengatakan seseorang itu tidak adil, maka beban pembuktian adalah di atas bahu anda. Anda perlu ada bukti yang kukuh dan tidak sekadar cakap mulut sahaja. 

Undang-undang kerja sekadar mengariskan syarat-syarat minima dalam pekerjaan. Ia biasanya menyentuh soal kontrak.

Contoh: Gaji perlu dibayar pada tempoh tertentu. Atau pekerja hendaklah diberi cuti sehari dalam seminggu.

Jika syarat minima tidak dipatuhi, maka pekerja boleh mengadukan pada Jabatan Tenaga Kerja dan majikan boleh dikenakan tindakan.

Bila Boss Marah-Marah Dan Memaki Hamun

Ini agak biasa sebenarnya dalam sektor swasta. Banyak boss yang agak 'temperamental'. Maki hamun dan menjerit adalah sifat semulajadi mereka. Oleh itu, anda perlu terima atau terpaksa berhijrah ke tempat yang lebih aman.

Kemarahan boss itu perlu ada hadnya. Jika ia boleh membawa ke kemudaratan atau ketakutan yang amat sangat, ia boleh membawa kepada elemen jenayah 'serangan' atau 'assault'. Jika ini berlaku, anda boleh membuat lapuran polis.

Sekalilagi saya ingatkan, isunya nanti adalah pembuktiaan. Mampukan anda tunjukkan elemen-elemen serangan ini? Ia tidak setakat menjerit, marah dan memalukan sahaja. Ia perlu ada elemen kecederaan - dari segi mental/fizikal dan disokong oleh bukti yang kukuh. 

7 Responses to "Menghadapi Boss Yang Tidak Adil Dan Pilih Kasih"

  1. Macam mane pula jika majikan tidak selaraskan kenaikan gaji pekerja yg berkhidmat lbh lama dari yg baru...keadaan ini bole mnyebabkn kekecewaaan terhadap pekarja yg lbh lama berkeje n semangat kerja semakin kurang dsebabkn hal tersebut.

    ReplyDelete
  2. majikan tempat keje saya tidak beri saya membuat kerja lebih masa tetapi rakan2 kerja yg lain dpt membuat kerja lebih masa tersebut..apa harus saya lakukan..

    ReplyDelete
  3. Bagaiamana mengelak manager yg kurang siuman

    ReplyDelete
  4. Bagaimana kalau boss suruh pkerja kerja 12jam sehari..tiada overtime isnin-sabtu...dan hanya diberikan gaji lumpsum yg nilainya sperti gaji basic...
    Dan boss yg pilih kasih.. Pekerja dtg dari Malaya..walaupun zero pengalaman dapat gaji tinggi..tetapi pekerja dari Sabah Sarawak... kecil gaji walaupun punya pengalaman dalam bidang tersebut...
    Ada juga pekerja Sabah Sarawak dapat gaji besar sebab ada kaitan dengan client....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fight jer, report hr Aku dulu xder ovrrtine gak

      Delete
  5. Rakan sekerja saya hanya bercuti 2 kali sahaja sebulan. Apabila dia bgtau boss tak boleh nk kerja pada hari yg sepatutnya dia cuti tu. Bos melenting. Kata tak paksa untuk bekerja tetapi kenapa kena melenting. Sampaikan rakan sekerja saya tak berani nak tolak. Bukan ke pekerja ada hak utuk cuti sekali dalam masa seminggu. Kenapa saya rasa bunyinya seakan memaksa dan mcm tiada pilihan. Saya pon terpaksa bekerja pada hari cuti sekali sebulan itupon saya beri alasan ada komitmen lain selain di tempat kerja. Sedangkan saya dah bgtau kepada company yg saya boleh kerja pada hari sepatutnya saya cuti tetapi tak berjanji untuk setiap bulan untuk satu kali sebulan.

    Boleh ke boss pukul atau cubit² perkerja walaupun sekadar bergurau.

    Bukan semua pekerja selesa di perlakukan begitu.

    Pada awalnya saya nampak sebagai gurauan jika rakan sekerja saya ada buat kesilapan semasa bekerja tp lama² kelamaan saya melihat boss saya pukul dalam keadaan emosi sehingga saya dapat lihat air muka rakan saya berubah. Mula² dgn pembaris besi skrg dgn rotan pulak.


    Perkara ini membuatkan saya hilang hormat kepada majikan saya.

    Dan banyak perkara lain yg membuatkan saya tawar hati untuk bekerja di situ.

    ReplyDelete
  6. Rakan sekerja saya hanya bercuti 2 kali sahaja sebulan. Apabila dia bgtau boss tak boleh nk kerja pada hari yg sepatutnya dia cuti tu. Bos melenting. Kata tak paksa untuk bekerja tetapi kenapa kena melenting. Sampaikan rakan sekerja saya tak berani nak tolak. Bukan ke pekerja ada hak utuk cuti sekali dalam masa seminggu. Kenapa saya rasa bunyinya seakan memaksa dan mcm tiada pilihan. Saya pon terpaksa bekerja pada hari cuti sekali sebulan itupon saya beri alasan ada komitmen lain selain di tempat kerja. Sedangkan saya dah bgtau kepada company yg saya boleh kerja pada hari sepatutnya saya cuti tetapi tak berjanji untuk setiap bulan untuk satu kali sebulan.

    Boleh ke boss pukul atau cubit² perkerja walaupun sekadar bergurau.

    Bukan semua pekerja selesa di perlakukan begitu.

    Pada awalnya saya nampak sebagai gurauan jika rakan sekerja saya ada buat kesilapan semasa bekerja tp lama² kelamaan saya melihat boss saya pukul dalam keadaan emosi sehingga saya dapat lihat air muka rakan saya berubah. Mula² dgn pembaris besi skrg dgn rotan pulak.


    Perkara ini membuatkan saya hilang hormat kepada majikan saya.

    Dan banyak perkara lain yg membuatkan saya tawar hati untuk bekerja di situ.

    ReplyDelete

Iklaneka


Tips & Panduan Mengurus Kewangan Anda Dengan Lebih Baik

Learn from renowned university professors without having to rush to their lecture halls


Tekanan darah tinggi adalah masalah serius, kalau dibiarkan berpanjangan boleh membawa maut