Pemberhentian Kerja (Retrenchment)



Harus diingat bahawa akta dan perturan kerja (Regulations) tidak memberikan sebarang definasi bagi perkataan ini. Namun konsepnya boleh difahami menerusi amalan dalam undang-undang buruh di negara ini.

Untuk retrenchment, ada dua faktor sering dikaitkan dengannya:
  1. Biasanya digunakan ke atas pekerja-pekerja yang berjawatan tetap dan bukannya di bawah tempoh kontrak tertentu.
  2. Sebab-sebab untuk proses ini dilaksanakan adalah berkait rapat dengan faktor ekonomi yang mana majikan menghadapi kesulitan dan terpaksa mengecilkan saiz operasi perniagaan sehingga ramai pekerja menjadi tidak diperlukan lagi (redundant).
Nota Kecil:
  • Artikel ini hanya membicarakan kes-kes untuk pekerja yang dilindungi di bawah Akta Kerja 1955 & Peraturan-Peraturan yang berkuatkuasa di bawahnya. Rujuk artikel: Samada Pekerja Di Lindungi Oleh Akta Atau Tidak -  bagi mengetahui samada anda dilindungi oleh Akta Kerja 1955.
  • Mereka yang tidak dlindungi hendaklah merujuk kontrak kerja bagi mengetahui hak-hak mereka.

Di bawah Employment (Termination And Lay-Off Benefits) Regulations 1980 atau Peraturan-Peraturan Kerja (Faedah-Faedah Penamatan Dan Rentikerja Sentara), 1980; Peraturan 3 :
Majikan adalah bertanggungan untuk membayara faedah penamatan dan rentikerja sentara buat pekerja yang telah berkerja di bawah satu kontrak kerja (contract of service) yang tidak kurang dari 12 bulan.

Dalam kata lain, jika pekerja telah berkerja 1 tahun atau lebih dan diberhentikan atas sebab ini, maka pampasan berdasarkan Peraturan Kerja ini perlu di bayar.

- Pemberhentian Kerja (Retrenchment)

0 Response to "Pemberhentian Kerja (Retrenchment)"

Post a Comment

Iklaneka


Tips & Panduan Mengurus Kewangan Anda Dengan Lebih Baik

Learn from renowned university professors without having to rush to their lecture halls


Tekanan darah tinggi adalah masalah serius, kalau dibiarkan berpanjangan boleh membawa maut