Notis Berhenti Kerja Semasa Dalam Tempoh Percubaan


Soalan pembaca:

Selamat petang admin. Saya mahu tanyakan sesuatu di sini. Kawan saya mahu minta pendapat. Dia masih dalam tempoh percubaan. Selepas 1 bulan bekerja dia berhenti dan menghantar notis 24jam.

Bolehkah kawan itu menuntut gaji untuk kerja sebulan itu?

Ini kerana bila ditanya kepada majikan, majikan memberitahu dia perlu bayar gaji syarikat pula. Kasihan kawan itu. Dia masih dalam tempoh percubaan lagi.

Jawapan:

Topik bagi tempoh percubaan ini telah kami huraikan dengan panjang lebar dalam artikel: Tempoh Percubaan Dan Pengesahan Dalam Jawatan.

Malah kami juga menulis artikel panduan dan motivasi semasa percubaan dalam artikel bertajuk Tips Cemerlang Semasa Tempoh Percubaan (Probationary Period).

Sebagaimana yang diterangkan probationer mempunyai hak-hak yang lebih kurang sama dengan pekerja tetap. Oleh itu, syarat-syarat kerja nya juga lebih kurang sama dengan pekerja tetap.

Atas sebab itu, bila probationer ingin berhenti kerja, dia perlu semak dahulu keperluan notis dalam kontrak kerja atau surat tawaran kerja. Selalunya, ia ada disebutkan. Jika tidak ada rujuk HR & tanya polisi syarikat dalam hal ini atau jika anda dilindungi Akta Kerja 1955, notisnya adalah selama 4 minggu.

INGAT: Keperluan notis adalah syarat dalam kontrak. Oleh itu, ia adalah berbeza-beza dari satu majikan ke majikan lain. Ada yang mahu 2 bulan, ada yang letak 2 minggu dan ada juga 24 jam. Cuma 24 jam adalah amat jarang sekali biarpun untuk probationer kerana ia akan menyukarkan majikan mencari pengganti.

Memenuhi Syarat-Syarat Notis
Notis adalah perlu dipatuhi dan kegagalan berbuat demikian akan memberikan hak buat pihak satu lagi untuk membuat tuntutan.

Mana-mana pihak kepada suatu kontrak perkhidmatan boleh menamatkan kontrak perkidmatan tersebut tanpa notis atau jika notis telah pun diberikan menurut seksyen 1, tanpa menunggu notis itu berakhir, dengan membayar kepada pihak yang lain suatu indemnity sejumlah wang yang sama dengan jumlah upah yang sepatutnya terakru kepada pekerja dalam tempoh notis tersebut atau semasa notis tersebut yang belum tamat.

Maklumat lanjut mengenainya DI SINI.

49 Responses to "Notis Berhenti Kerja Semasa Dalam Tempoh Percubaan"

  1. adakah company berhak untuk tidak membayar gaji pekerja kiranya pekerja memberi notis berhenti 24 jam ?

    ReplyDelete
  2. Yess...sya nak berhenti tanpa notis sebab dapt kerja lain tetapi majikan kata sy tdk dapat gaji saya sbulan skiranya tidak mematuhi notis

    ReplyDelete
  3. salam..sy baru kerja 1bulan.dlm percubaan..hari ni di pggil hr
    dan mgatakan sy tidak di perlukan..memaksa sy mnulis surar brhnti..sy enggan dn mereka buat surat resign atas alasan sy mahu bhnti sebab2 kluarga..paksa sign dan dpt surat terima bhnti..jd bagaimana kes sy ni..t.kssih

    ReplyDelete
  4. Salam...Mohon Penjelasan Adik sy Berkerja Di Aeon Sebagai Cashier...Dalam tempoh Dekat 3bln Telah Di Sabitkn Pecah amanah...Dan Beliau Telah Digantung Kerja Selama 14 hari bergaji...Soalan Saya Jika beliau didapati...Apakah Boleh Di Buang kerja Atau Di Beri Amaran Bertulis terima Kasih....

    ReplyDelete
  5. Saya nak tanya ni, saya baru kerja sebulan. Saya berhenti kerja dengan menghantar notis 24jam atas sebab peribadi, bolehkah begitu?

    ReplyDelete
  6. Salam.. Sya nk tnya adakah diterima jika kita menghantar notis resign 14hr waktu bekerja.... Maknanya xckup 1 bulan.

    ReplyDelete
  7. Nk tanya ni , dh 4 bulan kerja dan sudah menjadi pekerja tetap , jika sy berhenti tanpa memberi sebarang notis , berapa lama tempoh saman diberikan untuk sy langsaikan bayaran ??

    ReplyDelete
  8. saya kerja speedmart selama 3 minggu dan beri notis untuk berenti 24 jam . adakah gaji saya akan diberi atau tidak ?

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum tuan... Saya berkerja d sektor f&b
    Dan saya masih lg dlm percubaan. Saya berkerja 1bulan lebih. Bolehkah memberi notis 24jam untuk berhenti kerja dan seandainya saya memberi notis tersebut adakah gaji saya di bayar?

    ReplyDelete
  10. bagaimana pula dgan notis 2 mggu yg berbaki 4 hari sya ambil sebagai cuti dah tak nak pergi kerja? pekerja masih layak utk mengambil cuti bukan?

    ReplyDelete
  11. Nak tanya..saya bekerja sudah 1bulan lebih...selama saya bekerja saya cuma 2hari saja cuti tanpa gaji dan telah membuat info kepada supervisor saya yg saya ada hal di kampung..tetapi saya rasa seauatu yg tidak adil bagi saya di tempat kerja...dan saya ingin memutuskan utk bhenti bkerja..dan mcam mana caranya saya nak bhenti...buat surat resign dlm bapa hari kah atau sebulan?

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum.. Maaf topik berubah sy ingin bertanya. .Sekiranya seseorang itu dia berkerja dan masih di bawah kontrak. . Dia didapati Abscond(larikan diri) ..jika dia ingin bekerja semula dengan syarikat tu adakah diterima atau tidak?

    ReplyDelete
  13. Saya kerja baru 7 hari lepas tu saye berhenti dalam masa 24 jam. Peroalannya adakah gaji saya dibayar selama saya kerja 7 haritu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya baru keja 16 hari .jika saya beehenti bagi notis sampai hujung bulan ini notis selama 2 minggu .adakah saya akan dapat gaji nanti..

      Delete
  14. Salam.. sy nak tanya.. perlukah kita meletakkan notis sebulan berhenti kerja jika kita belum permenant..? Apakah tindakan yang perlu sy buat?

    ReplyDelete
  15. Salam . Saya bekerja di sebuah klinik swasta . Tanpa menandatangani apa2 jenis kontrak . Saya sudah bekerja selama 2 bulan . Saya berhenti kerja tanpa memberi notis . Patutkan majikan menyaman saya dan menuntuk hak sebulan gaji kerana saya berhenti macam tu je ? Mohon penjelasan .

    ReplyDelete
  16. Hai nak tanye saya bekerja x sampai sebulan tiba2 saya dapat whatsapp yang mengatakan saya x plu datang ke office Esok.saya di berhentikan kerana saya ambil mc dalam masa percubaan.

    ReplyDelete
  17. Hai sy nak tyk majikan suruh sy berhenti kerja masa 24jam sy sudah beri surat perletakan jawantan sy. Skrng mrk tidak mahu terima surat sy apa tindakan yg sy perlu ambil. Sy sudah kerja 5 tahun di syarikat berkenaan.

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum sy nak tanya.. Sbb sy tdk berapa paham apa yg diterangkn.. Saya nak tnya. Sy dlm tempoh percubaan 6 bulan.. Bolehkah sy berhenti kerja dlm tempoh percubaan?? Sy kerja tidak sampai 1 bulan dan bolehkh sy buat notis 1 bulan untuk behenti?

    ReplyDelete
  19. Apakah majikan boleh mengambil tindakan sekiranya pekerja berhenti dan memberi surat 24 jam

    ReplyDelete
  20. Salam . Saya baru bekerja selama 2minngu di sebuah syarikat logistic , memberi notis 24jam pada 24jam pada 2ogos 2019 selepas pulang dari outstation . Company cakap dia tidak akan bayar gaji saya, malah saya yang kena bayar dekat company tu . Sedangkan offer letter semua saya belum terima. So macam mana yaa ?

    ReplyDelete
  21. Salam . Sy bru bkja stgh hari dh sign kontrak tp msih dlm tmpoh percubaan 3bln. Nak berhenti kerja adakah saya perlu memberikan notis berhenti

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum. Saya nak tanya. Saya bekerja disyarikat swasta selama 6 bulan. 3 bulan tempoh percubaan. Selepas 3 bulan saya minta surat pengesahan .tapi majikan tak memberi surat tersebut. Oleh beban kerja yg dia bagi agak banyak dam sehingga dia menyuruh saya membuat sebahagian kerja tersebut di rumah selepas wkatu keja. Dan dia juga tidak menyediakan tempat keja yg selamat.walapun saya dah bagitahu namun dia tak buat.Ekoran dari tersebut saya rasa stress dan terus berhenti tanpa bagi notis. Cuma saya maklumkan melalui whatsApps. Selepas itu dia memujuk saya utk balik bekerja tapi saya dah tak ada minat utk bekerja si tempat tersebut. Lalu selang beberapa Bulan x majikan saya keluarkan surat saman kerana tidak dtg bekerja. Apa yg saya perlu lakukan

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum . Saya kerja baru 8hari lepas tu saye berhenti dalam masa 24 jam. Adakah gaji saya dibayar selama saya kerja 8hari tsebut? Saya tidak menandatangani lagi surat pelantikan.

    ReplyDelete
  24. Sy ign brtanya.. Suami seorg pkrja oil & gas berkrja tetap.. Dpt offer compny baru msa interview suami dijnjikan position tetap.. Suami brhnti keje di tmpat lma & msk compny baru & dh sign offer latter prcubaan 6bln.. Tp smggu kerja dpt srt aggrmnt yg dinyatakn suami bkn status tetap tp hnya kontrak 2thn.. Suami sy xsign srt tersebut & minta brfikir.. Bygkan dr status tetap dpt kontrak di compny baru.. 2hr lps tu suami sy pun bg notis 24jam brhnti kerja.. Skrg pihak sana ugut nak saman suami sy & minta suami sy byr panalty pelanggaran kontrak & bond sedangkan suami sy xde sign ape2 aggremnt lg? blh kah pihak sana saman suami saya & haruskah suami sy byr panalti yg dikenakan? mohon pencerahan..

    ReplyDelete
  25. Salam..mohon pencerahan...sy nk.berhrnti...nk bagi notis 24..2hari sebelum gaji..adekah majikan ad hak.untuk.sekat gaji sy

    ReplyDelete
  26. Sye bru bekerja sebulan dan i dh berhenti tanpa bgi notis....boleh ke sye bagi 24jam notis?

    ReplyDelete
  27. Saya nak tanya, anak saya bekerja di sebuah kilang di Senai, Johor, telah bekerja selama 5 bulan, permanentshift malam, masih belum comfirm atas alasan banyak mc, dan daripada jumlah MC 2 hari tidak diterima (unpaid leave) kerana atas alasan majikan bukan klinik panel, sedangkan ia tidak dimaklumkan klinik panel sebenar dan pada Isnin lepas 25 NOV yang lepas beliau telah diarahkan untuk bekerja di departmen yang lain, yang lebih berat (semburan cat) yg majoritinya adalah pekerja warga asing sebagai denda tempoh dalam masa 2 minggu sekiranya tidak memuaskan , beliau akan dibuang kerja. Jadi, apakah pandangan pihak Tuan atas perkara ni. Sekian, Terima Kasih

    ReplyDelete
  28. Saya nak tanya kalau saya baru bekerja di 7E baru seminggu dalam tempoh percubaan,dan saya nak berhenti tanpa notis,adakah saya akan dikenakan saman walaupun saya tidak membuat sebarang tuntutan gaji.

    ReplyDelete
  29. Saya nak bertanya. Boleh ke ke ka dah 2 Bulan bekerja. Tetapi nak berhenti Tanpa apa2 Surat berhenti. Tapi tidak ambik gaji 3 Hari sebulannya boleh ke? Adakah company akan masuk mahkamah atau tuntut apa2 ?

    ReplyDelete
  30. Salam..boss sila jawab soalan saya ni...majikan beri notis tamat tempoh kerja 1 hari sahaja..apa yang boleh saya lakukan kepada majikan yg kejam ini..

    ReplyDelete
  31. Saya sudah berkerja 6 bulan dan tiada menerima surat pengsahan jawatan dan saya ingin meletak jawatan saya adakah saya perlu ikut tempoh percubaan seminggu notis @ sebulan notis

    ReplyDelete
  32. Saya sudah berkerja 6 bulan dan tiada menerima surat offer later..boleh ke saya menuntut baki gaji saya setelah saya memberi notis 24jam..

    ReplyDelete
  33. Bolehka saya berhenti bekerja dengan memberikan notis 24jam..saya baru saja bekerja sebulan lebih dan masi dalam tempoh percubaan..saya start kerja 22/1/2020 sehinga awal bulan 3 saja..disebabkan pkp, saya dicutikan sehinggala esok majikan dah nak suruh datang kerja

    ReplyDelete
  34. Kalau kontrak berhenti mesti 3 bulan, tetapi kita beri notis sebulan.. adakah perlu bayar penuh gaji 2 bulan atau masih sama 3 bulan?

    ReplyDelete
  35. Sy belum disahkan jawatan tetapi ingin meletak notis 24jam. Adakah majikan ibolehkan utk tidak mmbayar gaji saya kerana tidak mmberi notis 2minggu seperti yg tercatit di dlm surat tawaran kerja.

    ReplyDelete
  36. Saya nak tnya, jika sy bekerja Selama 1bulan lbh sbgai partime d Subway tp tiba2 sy brhnti bgtu shja tnpa notis ttapi sy mmberi tahu supervisor bhwa sy dah xdpt dtg, dan tarikh gaji kmi itu setiap 2hb tetapi gaji blm masuk2, adakah sy masih layak mndpt gaji. Tlong jwb soalan sy scpt mngkin. Trma kasih.

    ReplyDelete
  37. Saya nk tanya,,, saya kerja sektor swasta... Kalau kite berhenti dlm 24 jam walaupun sudah confirm boleh ke? dan berhenti sebab tiap kali cuti public disuruh kerja tapi tidak dibayar triple sperti yg dijanjikan... Adakah kita dikenakan tindakan atau company atau kedua2 nya...mohon perjelaskan..

    ReplyDelete
  38. Saya hendak bertnya saya baru kerja dlm tempoh percubaan dlm 2 week bolehkah sya berhenti 24 jam sbb sya dpt tawaran kerja lain dn dlm tempoh 3 hari sya ada sign kontrak tawaran kerja I hope u can help because i really confuse niw ASAP

    ReplyDelete
  39. Jika semua masi bisa diperjuangkan pasrah bukanlah sebuah pilihan:)

    ReplyDelete
  40. Saya nak tanya saya sudah sign offer letter pada bulan Mei baru ni.Sepatutnya saya masuk kerja 14 june,tetapi disebabkan PKP saya Tak dapat pergi bekerja.Pada 17hb saya dipanggil bekerja separuh hari kerana syatikat hanya membenarkan 20% sahaja datang bekerja.Selepas tarikh itu hingga sekarang saya tidak dipanggil bekerja.Dalam list hanya senarai nama pekerja lama yang perlu hadir hingga 12 julai.Nama saya tidak disenarai.Bila ditanya tentang gaji bulan Jun,pihak admin menyatakan masih menunggu green light dari KL HQ untuk membayar hanya rm300 sahaja.Adilkah bagi pihak saya?Bukan kehendak saya untuk tidak hadir bekerja,kerana tidak dipanggil.Bagaimana dengan gaji bulan julai pula?Boleh bagi pendapat apa yang saya harus buat?Jika saya berhenti apa yang saya harus buat?adakah saya perlu bagi notis?

    ReplyDelete
  41. saya nak minta pendapat admin sebab perkara berhenti kerja tanpa notis selepas dapat gaji kerap berlaku meyebabkan pihak kami mengalami kekurangan pekerja..bolehkan saya sebagai majikan mwmbuat tuntutan gantirugi kepada pekerja tersebut. 2.Bolehkan saya menuntut gantirugi kepada pekerja 2 yg lama berhenti 24jam contohnya pada tahun lepas.

    ReplyDelete
  42. Saya dah kerja 9 bulan.boleh ke bagi notis 3 hari berhenti kerja

    ReplyDelete
  43. Slm..saya nak bertanya berkenaan notis 24jam..saya telah berhenti Dan memberi notis 24jam pada majikan..tapi gaji saya tidak dibayar atas sbb saya hantar motis terus berhenti,majikan mengatakan Harini saya hantar motis Dan perlu bekerja,esok notis berkuatkuasa serta merta Dan lusa baru saya dibenarkan berhenti..bukan kah ni dikira notis 48jam@72 jam..saya confius..boleh admin terang kan Dan beri pencerahan..Tima kasih

    ReplyDelete
  44. Salam saya nak tanya...saya baru kerja seminggu tapi saya nak berhenti atas sebab kerja yg saya buat ni tak sesuai dengan saya..boleh ke saya berhenti serta merta.tempoh percubaan saya 3 bulan

    ReplyDelete
  45. Hello, Adakah anda memerlukan pinjaman daripada Syarikat yang paling dipercayai dan boleh dipercayai
    di dunia? jika ya, hubungi kami sekarang kerana kami menawarkan pinjaman kepada semua
    kategori pencari sama ada syarikat atau untuk kegunaan kakitangan. Kami tawarkan
    pinjaman pada kadar faedah 3%, Hubungi kami melalui EMAIL:ushafinance735@gmail.com
    Whatsapp +447918234523


    BORANG PERMOHONAN PENCARI PINJAMAN
    *******************************
    1) Nama Penuh:
    2) Jantina:
    3) Amaun Pinjaman Diperlukan:
    4) Tempoh Pinjaman:
    5) Negara:
    6) Alamat Rumah:
    7) Nombor Mudah Alih:
    8) Nombor Faks:
    9) Pekerjaan:
    10) Pendapatan Bulanan:
    11) Tarikh Gaji:
    12) Tujuan pinjaman:
    13) Di manakah anda mendapat iklan pinjaman kami:
    ushafinance735@gmail.com
    Whatsapp +447918234523

    ReplyDelete

Iklaneka


Tips & Panduan Mengurus Kewangan Anda Dengan Lebih Baik

Learn from renowned university professors without having to rush to their lecture halls


Tekanan darah tinggi adalah masalah serius, kalau dibiarkan berpanjangan boleh membawa maut