Blogging Untuk Perbaiki Skill Dan Uji Pengetahuan


Semasa saya masih di sekolah dan pusat pengajian tinggi dahulu, saya kerap menulis di buku diari saya. Ia berupa nota-nota yang saya tulis selepas kelak, kuliah mahupun tutorial.

Membaca buku dan mendengar ceramah/kuliah akan membantu kita dari segi pengetahuan dan maklumat tambahan. Sejauh mana kita fahami topik yang dibentangkan kepada kita bergantung kepada sejauh mana kita terangkannya kembali kepada orang lain.
Jika sesuatu maklumat itu gagal kita sampaikan dengan baik, maka kita sebenarnya tidak begitu faham dengan topik itu. Mungkin 50% sahaja faham. 
Saya adalah golongan "Introverts". Jenis yang tidak bersosial sangat dan kerap berkomunikasi dengan orang lain. Maka, untuk ekpressi diri, saya lebih kepada penulisan dari percakapan.

Jika ada topik baru pelajari dan saya mahu uji samda saya faham atau tidak, maka saya akan cuba membuat karangan mengenai topik itu. Jika karangan tidak dapat disiapkan, maka tahu lah saya yang saya sebenarnya kurang faham lagi. Maka, kembali ke asas iaitu mencari sumber rujukan dan membuat kajian lagi.

Lama-lama ini menjadi habit dan dizaman moden ini, saya berpeluang berkongsi pengetahuan disamping menguji diri menerusi 'blogging'.

Saya galakkan anda semua blogging bagi mengasah kemahiran dan menguji tahap penguasaan ilmu yang ada pada anda. Bukan lama pun mahu buat blog di zaman ini. 10 - 15 minit dah pun siap. 

Selain dari itum blogging dapat membantu masyarakat bila kita berkongsi hal-hal yang bermanafaat dan berguna untuk panduan semua.

Jom blogging...

0 Response to "Blogging Untuk Perbaiki Skill Dan Uji Pengetahuan"

Post a Comment

Iklaneka


Tips & Panduan Mengurus Kewangan Anda Dengan Lebih Baik

Learn from renowned university professors without having to rush to their lecture halls


Tekanan darah tinggi adalah masalah serius, kalau dibiarkan berpanjangan boleh membawa maut