Pengambilan Penjawat Awam Baharu Setiap Tahun Diteruskan


PUTRAJAYA: Pengambilan baharu penjawat awam setiap tahun tidak akan terjejas kerana ekonomi Malaysia dijangka terus kukuh dalam tempoh beberapa tahun datang. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata antara 20,000 hingga 25,000 jawatan kosong dalam kerajaan perlu diisi setiap tahun berikutan persaraan penjawat awam, sekali gus mengekalkan jumlah 1.6 juta penjawat awam. Katanya, tahun lalu, ekonomi Malaysia berkembang lima peratus, iaitu lebih daripada jangkaan. 
Malah, ekonomi kita dijangka mengalami pertumbuhan yang sama dan menjadi antara negara yang mencatat kadar pertumbuhan yang tinggi dalam tempoh empat tahun akan datang. Justeru, ketiadaan peluang pekerjaan dalam sektor kerajaan bukan satu isu kerana setiap tahun akan ada pengambilan baharu penjawat awam. 
"Bagi jawatan yang tidak perlu, kita akan tempatkan dalam bidang baharu yang kita usahakan kerana transformasi sentiasa berlaku dalam perkhidmatan awam.

Sumber: BH Online

0 Response to "Pengambilan Penjawat Awam Baharu Setiap Tahun Diteruskan"

Post a Comment

Iklaneka


Tips & Panduan Mengurus Kewangan Anda Dengan Lebih Baik

Learn from renowned university professors without having to rush to their lecture halls


Tekanan darah tinggi adalah masalah serius, kalau dibiarkan berpanjangan boleh membawa maut