Gaji Minimum 2016 - Panduan Kenaikan Gaji Sektor Swasta


Tarikh kuatkuasa Perintah Gaji Minimum 2016 (PGM 2016) bagi pekerja-pekerja di sektor swasta telah diumumkan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot pada 1hb Mei yang lalu. Perintah Gaji Minimum 2016 ini bakal menggantikan Perintah Gaji Minimum 2012 bermula dari tarikh 1hb Julai 2016.

Selepas tarikh kuatkuasa dan masih ada majikan yang tidak mematuhinya, maka pekerja boleh membuat aduan kepada pihak Jabatan Tenaga Kerja ataupun mengadukan secara online di portal Gaji Minimum MOHR disini: Aduan Tidak Membayar Gaji Minimum (KLIK PAUTAN untuk membuat aduan).

Untuk memuat turun PGM 2016 pula, anda boleh lakukannya DI SINI.

Ciri-ciri utama Perintah Gaji Minimum 2016.

1. Membatalkan Perintah Gaji Minimum 2012.
Perkara 5, PGM 2016 menyatakan perintah ini membatalkan PGM 2012 [P.U.(A) 214/2012]. Ini sekaligus bermakna peruntukkan-peruntukkan di bawah PGM 2012 terbatal dari tarikh 1hb Julai 2012.


Antara perkara utama dalam PGM 2012 adalah, majikan boleh membayar pada kadar 70% dari Gaji Minima untuk mereka dalam tempoh percubaan selama 6 bulan pertama perkhidmatan. Dengan kuatkuasa, PGM 2016, ini tidak boleh dilaksanakan lagi. 

Begitu juga dengan peruntukkan berkenaan saiz organisasi dan kekecualiannya. Di bawah perintah gaji minima yang baru ini ia dikenakan terhadap SEMUA MAJIKAN tanpa mengira bilangan pekerjanya.


PGM 2016 juga memansuhkan klausa berhubung permohonan penundaan dan rundingan bagi penstrukturan semula gaji.

Ia juga memansuhkan garis panduan Majlis Perundingan Gaji Negara (dikeluarkan pada 6hb September 20120 mengenai kaedah perlaksanaan Perintah Gaji Minima 2014. Apa-apa yang terkandung di dalam garis panduan tersebut adalah tidak diguna pakai lagi.

2. Had Gaji Minima Di Naikkan
Had gaji minima sebulan bagi setiap pekerja adalah dinaikkan:
  • Dari RM 900 hingga RM 1,000 (Semenanjung Malaysia)
  • Dari RM 800 hingga RM 9,20 (Sabah & Sarawak).

Untuk kadar harian dan sejam pula adalah seperti berikut:

Untuk mereka yang dibayar secara 'piece rate' pula, kadarnya adalah sebagaimana yang dinyatakan dibawah.


3. Tidak terpakai kepada pekerja domestik.
PGM 2016 terpakai kepada semua pekerja di sektor swasta KECUALI pekerja domestik sebagai yang dinyatakan dalam PGM 2012.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Secretariat, National Wages Consultative Council, Ministry of Human Resources, Level 7, Block D3, Complex D, Federal Government Administrative Centre,62530 Putrajaya.

Helpdesk
03-8886 5156
03-8886 5192 (Call Centre)

Atau lawati pejabat Jabatan Tenaga Kerja berhampiran.


2 Responses to "Gaji Minimum 2016 - Panduan Kenaikan Gaji Sektor Swasta "

  1. salam. boleh tak awak serta kan email National Wages Consultative Council?

    & saya bekerja sebagai operator pengeluaran (gaji mengikut pieces) di kilang BOT Industries International Sdn Bhd & gaji julai2016 rm801, ogos2016 hanya rm680. so macam mana ya saya nak buat aduan selain ke pejabat jabatan tenaga kerja.

    tq

    ReplyDelete
  2. bagai mana nak buat aduan ini secara online?

    ReplyDelete

Iklaneka


Tips & Panduan Mengurus Kewangan Anda Dengan Lebih Baik

Learn from renowned university professors without having to rush to their lecture halls


Tekanan darah tinggi adalah masalah serius, kalau dibiarkan berpanjangan boleh membawa maut