Pertamanya, kerja lebih masa pada hari biasa adalah kerja-kerja yang dibuat selepas waktu kerja biasa (selalunya 8 jam). 8 jam ini adalah tidak termasuk dengan waktu rehat.
Mudah kan?
Jika anda kerja selama 10 jam dari pukul 8 pagi hingga 6 petang dengan 2 jam rehat di antaranya, maka anda cuma berhak kepada faedah OT apabila anda terus berkerja (atas arahan majikan & bukan inisiatif sendiri) selepas pukul 6 petang.
Kadar Kerja Lebih Masa
Kadar OT adalah sama untuk perkerja bergaji hari mahupun bergaji bulan. Kadarnya adalah:
1.5 x HRP (Rujuk artikel lepas mengenai kiraan HRP) x jam kerja lebih masa
Oleh itu, berdasarkan contoh di atas, anda diarahkan kerja dari pukul 6 petang sehingga 8 malam, maka anda layak menerima OT sebanyak 2 jam.
Jika HRP anda adalah RM 5, maka kiraannya adalah:
1.5 x RM 5 x 2 jam = RM 15
Baca juga artikel:
0 Response to "Cara Kiraan OT (Kerja Lebih Masa) Pada Hari Biasa"
Post a Comment