Pekerja Tagih Bayaran Elaun Di Jabatan Tenaga Kerja



SEREMBAN - Bagaikan jatuh ditimpa tangga. Sudahlah bakal hilang mata pencarian, elaun bulan Mei sepatutnya  dapat pada 15 Mei lalu masih belum diterima. Itulah nasib malang menimpa 14 pekerja sebuah syarikat pengeluar roti berpusat di Shah Alam, Selangor yang difahamkan telah berhenti operasi sejak 24 Jun lalu.

Situasi itu menyebabkan mereka yang bertugas di cawangan Negeri Sembilan sebulat suara membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja di Wisma Persekutuan, di sini, semalam.

Ketua cawangan, Mohd Rosli Kassim, 54, mendakwa tindakan sedemikian terpaksa diambil memandangkan pihak syarikat hanya berjanji mulut."Mereka janji nak bayar hari ini (semalam) atau esok (hari ini). Tapi tak ada sebarang hitam putih."   

"Elaun ini melibatkan kerja lebih masa, komisen, petrol dan pelbagai lagi. Bukan sikit kerana seorang patut terima antara RM1,000 dan RM3,000. Itu tak termasuk gaji pokok,” katanya ketika membuat aduan di Jabatan Tenaga Kerja, Wisma Persekutuan, semalam.

Sumber: Sinar Harian

0 Response to "Pekerja Tagih Bayaran Elaun Di Jabatan Tenaga Kerja"

Post a Comment

Iklaneka


Tips & Panduan Mengurus Kewangan Anda Dengan Lebih Baik

Learn from renowned university professors without having to rush to their lecture halls


Tekanan darah tinggi adalah masalah serius, kalau dibiarkan berpanjangan boleh membawa maut