Saman Untuk Gangguan Seksual Di Tempat Kerja



Keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2hb Jun 2016 yang lalu:

Mangsa gangguan seksual di tempat kerja boleh memfaikan saman sivil bagi menuntut ganti rugi terhadap pelaku kerana tindakan salah laku itu tidak boleh diterima.
Gangguan seksual adalah salah laku serius dalam apa jua bentuk dan ia tidak dapat diterima oleh sesiapa sahaja.... Pelaku bebas tanpa hukuman akan terus menakutkan, memalukan dan mengkibatkan trauma kepada mangsa sehingga mewujudkan suasana tempat kerja yang tidak sihat - Hakim Tan Sri Suriyadi Halim Omar
Tort
Walaupun ini tidak disebut dibawah Akta Kerja 1955, namun pekerja boleh memfailkan saman di bawah undang-undang tort kacau ganggu.

Definasi Gangguan Seksual
Panel Mahkamah Persekutuan turut menggariskan definisi gangguan seksual dalam bentuk lisan dan juga fizikal termasuk sindiran seksual, komen dan ucapan berbaur lucah, kelakuan tidak senonoh, bunyi tidak senonoh, lucah atau menghina, ancaman seksual secara tersirat, pandangan berahi, menjeling, memaparkan gambar-gambar menghina dan membuat isyarat lucah.

Kes Di Mahkamah Persekutuan
Dalam kes ini Mahkamah mendapati terdapat bukti secukup untuk menunjukkan bahawa perayu (Mohd Ridzwan) telah melazafkan kenyataan lucah dan biadap sama ada secara langsung kepada responden atau pada kehadirannya dengan niat dia akan mendengarnya.

Menurut Tan Sri Suriyadi, tindakan diambil terhadap gangguan seksual itu dihujah dengan secukupnya serta disokong dengan butiran gangguan tersebut. Selepas meneliti kes itu, katanya, panel lima hakim sebulat suara bersetuju dengan mangsa Asmah Mohd Nor, selaku responden, bahawa tindakan diambil terhadap gangguan seksual itu dihujah dengan secukupnya serta disokong dengan butiran gangguan tersebut.

Keputusan Mahkamah
Pada prosiding hari ini, panel diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin mengarahkan Mohd Ridzwan membayar RM20,000 sebagai kos kepada Asmah, yang turut hadir di mahkamah.

Hakim lain dalam panel tersebut ialah Suriyadi, Tan Sri Ahmad Maarop, Datuk Ramly Ali dan Datuk Balia Yusof Wahi.

Ini merupaskan kes pertama mangsa gangguan seksual di tempat kerja menuntut penyelesaian daripada mahkamah sivil.

Sumber: MalaysiaKini

0 Response to "Saman Untuk Gangguan Seksual Di Tempat Kerja"

Post a Comment

Iklaneka


Tips & Panduan Mengurus Kewangan Anda Dengan Lebih Baik

Learn from renowned university professors without having to rush to their lecture halls


Tekanan darah tinggi adalah masalah serius, kalau dibiarkan berpanjangan boleh membawa maut