Fenomena Pokemon Go Di Malaysia



Sebagaimana di negara-negara lain, game Pokemon Go juga mendapat tempat dikalangan rakyat Malaysia. Rata-rata warga Malaysia bermain game ini tidak kira yang tua mahupun yang muda.

Apa itu Pokemon Go?

Pokemon Go berasaskan ‘augmented reality‘ yang mana character dalam game ini muncul pada skrin anda seolah-olah ia berada di hadapan anda di dunia yang sama. Ia juga menggunakan teknologi GPS bagi meletakkan lokasi-lokasi yang perlu anda pergi untuk tujuan re-load apabila kehabisan peralatan seperti Poke Ball, Great Ball, Incense dan sebagainya.

Objektif game ini adalah mencari mahluk digital yang dipanggil sebagai Pokemon. Ada banyak jenis Pokemon diwujudkan untuk anda mencari diseluruh pelusuk negara. 

Ada yang mudah dicari dan ada yang susah pula untuk dijumpai. Ia bergantung kepada lokasi anda. Contohnya: di tempat saya, Pidgey dan Eevee amat mudah ditemui di mana-mana. 

Keseronokkan bermain Pokemon Go paling dirasai bila anda:
  • Menjumpai Pokemon baru
  • Level up
  • Menang pertarungan di Gym

dan yang paling seronok bila menangkap Pokemon lagenda.

Negatif Dan Positif Tentang Game Ini

Bab negatif memanglah ramai yang tulis. Lebih-lebih lagi apabila ada kejadian-kejadian yang tidak sihat seperti kemalangan dan ketaksuban mencari Pokemon.

Namun, dari sudut positif pula yang mahu kami tekankan, Pokemon Go adalah hiburan keluarga atau aktiviti riadah seisi keluaraga yang menarik lagi menjimatkan. Ia merapatkan hubungan antara anak dan ibubapa, kawan-kawan dan sebagainya.

Selain dari itu ia menambah daya fikir dan kreativiti kanak-kanak dalam soal strategi dan tektikal asalkan ia dipantau sebaiknya.

Muat Turun Pokemon Go

Pokemon Go boleh dmuat turun dari Apple Store dan Google Play. Bergantung kepada keupayaan smartphone anda, ia boleh dipasang dengan mudah untuk terus bermain. Terdapat banyak panduan Pokemon Go yang boleh diperolehi di internet bagi membantu anda bermain game ini.

Cubalah...

0 Response to "Fenomena Pokemon Go Di Malaysia"

Post a Comment

Iklaneka


Tips & Panduan Mengurus Kewangan Anda Dengan Lebih Baik

Learn from renowned university professors without having to rush to their lecture halls


Tekanan darah tinggi adalah masalah serius, kalau dibiarkan berpanjangan boleh membawa maut