Pampasan: Bertukar Hakmilik/Majikan


Pembaca blog di atas bertanya samada bila sesuatu syarikat di ambil alih dan majikan telah bertukar, bolehkah pekerja menuntut apa-apa pampasan? Jawapannya adalah YA jika diberhentikan oleh majikan baru tetapi tertakluk kepada beberapa syarat yang ditetapkan.

Pertamanya, syarat-syarat pekerja dilindungi Akta dan telah melebihi 1 tahun perkhidmatan perlu dipatuhi. Rujuk kembali artikel: Pemberhentian Kerja (Retrenchment).


Kedua,

Ketiga,
Anda perlu lihat juga samada pekerja di tawarkan untuk terus berkerja atau tidak oleh majikan baru. Jika TIDAK, maka pekerja berhak pada pampasan atau faedah penamatan kerja ini TETAPI hendaklah menuntutnya dari majikan lama.

Keempat,
Jika majikan baru dalam tempoh 7 hari selepas pengambil-alihan syarikat, menawarkan tawaran kerja dengan terma yang lebih baik atau tidak kurang dari sebelumnya dan pekerja menolak tawaran tersebut tanpa sebab munasabah, maka ia hilang hak pada pampasan di bawah Peraturan-Peraturan Kerja (Faedah-Faedah Penamatan Dan Rentikerja Sentara), 1980.

- Pampasan: Bertukar Hakmilik/Majikan

0 Response to "Pampasan: Bertukar Hakmilik/Majikan"

Post a Comment

Iklaneka


Tips & Panduan Mengurus Kewangan Anda Dengan Lebih Baik

Learn from renowned university professors without having to rush to their lecture halls


Tekanan darah tinggi adalah masalah serius, kalau dibiarkan berpanjangan boleh membawa maut