Pembaca blog di atas bertanya samada bila sesuatu syarikat di ambil alih dan majikan telah bertukar, bolehkah pekerja menuntut apa-apa pampasan? Jawapannya adalah YA jika diberhentikan oleh majikan baru tetapi tertakluk kepada beberapa syarat yang ditetapkan.
Pertamanya, syarat-syarat pekerja dilindungi Akta dan telah melebihi 1 tahun perkhidmatan perlu dipatuhi. Rujuk kembali artikel: Pemberhentian Kerja (Retrenchment).
Kedua,
Anda perlu lihat samada anda jatuh dalam KEKECUALIAN yang disebut dalam Peraturan-Peraturan Kerja (Faedah-Faedah Penamatan Dan Rentikerja Sentara), 1980.
Ketiga,
Anda perlu lihat juga samada pekerja di tawarkan untuk terus berkerja atau tidak oleh majikan baru. Jika TIDAK, maka pekerja berhak pada pampasan atau faedah penamatan kerja ini TETAPI hendaklah menuntutnya dari majikan lama.
Keempat,
Jika majikan baru dalam tempoh 7 hari selepas pengambil-alihan syarikat, menawarkan tawaran kerja dengan terma yang lebih baik atau tidak kurang dari sebelumnya dan pekerja menolak tawaran tersebut tanpa sebab munasabah, maka ia hilang hak pada pampasan di bawah Peraturan-Peraturan Kerja (Faedah-Faedah Penamatan Dan Rentikerja Sentara), 1980.
- Pampasan: Bertukar Hakmilik/Majikan


Saya telah berkerja disebuah kilang selama 30 tahun. Selama tempuh tersebut sebanyak 3 Kali telah bertukar majikan, YG terakhir Sudah 10 tahun. Majikan sekarang ingin menutup operasinya Dan ingin memberi pampasan. Persoalannya Adah kah majikan sekarang wajib bayar pampasan Dari saya mula2 berkerja tau majikan hanya wajib bayar mengikut berapa lama majikan itu ambik alih kilang ini? ( Mengikut undang2) Kami tidak pernah menerima apa2 pampasan selama 3 Kali pertukaran majikan tersebut. Harap dapat beri pencerahannya, terima kasih.
ReplyDelete